Skip to main content

Dunia

SIA, Scoot batal penerbangan Singapura-Jakarta susulan letusan Anak Krakatau

81664357510_SingaporeAirlines.jpg
SIA berkata kesemua penerbangan terjejas dijadualkan beroperasi antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta Jakarta. - Gambar fail
Advertisement

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) membatalkan 19 penerbangan antara Singapura dan Jakarta yang dijadualkan pada Ahad, susulan aktiviti gunung berapi akibat letusan Gunung Anak Krakatau di Indonesia.

Dalam satu nasihat yang dimuat naik di laman Facebooknya, SIA berkata kesemua penerbangan terjejas dijadualkan beroperasi antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta Jakarta.

"Memandangkan situasi masih tidak menentu, penerbangan SIA yang lain antara Singapura dan Indonesia mungkin terjejas.

"Pelanggan boleh melawat halaman Status Penerbangan kami untuk maklumat terkini mengenai penerbangan mereka," katanya pada Ahad.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah SIA, Scoot turut membatalkan 12 penerbangan yang dijadualkan pada Ahad sebagai langkah berjaga-jaga berikutan letusan berkenaan.

Syarikat penerbangan itu telah menghubungi pelanggan terjejas melalui maklumat perhubungan yang diberikan bagi memaklumkan perubahan pada penerbangan mereka.

Anak Krakatau, meletus sejak lewat Jumaat, dengan debu gunung berapi yang merebak telah menyebabkan enam lapangan terbang utama di Indonesia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, ditutup sementara pada Ahad.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement