SEMASA Anna May Wong memulakan kerjaya di Hollywood pada tahun 1920-an, industri hiburan Amerika Syarikat didominasi oleh pembuat filem dan pelakon kulit putih. Individu dari kaum lain kebiasaannya memainkan watak sampingan atau antagonis.

Sepanjang kariernya, Wong menolak stereotaip sedemikian dan akhirnya menjadi wanita Asia-Amerika pertama dengan menerima pengiktirafan di Walk of Fame.

Wong, yang meninggal dunia pada tahun 1961, sekali lagi diberi penghormatan atas sumbangannya. Imejnya akan dipaparkan pada syiling baharu Amerika Syarikat, menjadikannya individu Asia-Amerika pertama diabadikan pada mata wang AS.

Berikut adalah lima fakta tentang kehidupan dan kerjaya Wong. 

Wong muncul dalam lebih 60 filem

Wong baru berusia 14 tahun ketika dia berlakon sebagai pelakon tambahan dalam The Red Lantern, filem pertamanya.

Walau bagaimanapun, di sebalik bakatnya sebagai pelakon, Wong sering diberikan peranan yang menggambarkan imej rasis dan stereotaip orang Asia. Dua tahun selepas The Toll of the Sea, Wong melakonkan watak hamba Mongol dalam The Thief of Bagdad, selain watak stereotaip yang menggambarkan wanita Asia sebagai garang dan misteri.

Wong menjalani uji bakat untuk peranan utama dalam filem The Good Earth pada tahun 1937, berdasarkan novel terkenal tentang keluarga petani Cina. Namun, peranan itu diberikan kepada pelakon kulit putih, Luise Rainer.

Wong adalah 'suara' untuk kaum Asia-Amerika

Walaupun berleluasanya perkauman di Hollywood, Wong konsisten mendesak supaya lebih ramai pelakon Asia-Amerika di layar perak. Ia akhirnya mula membuahkan hasil apabila pada tahun 1938, dia diberi peranan yang lebih positif iaitu sebagai doktor Cina-Amerika dalam The King of Chinatown.

Sepanjang kariernya, Wong menolak stereotaip sedemikian dan akhirnya menjadi wanita Asia-Amerika pertama dengan menerima pengiktirafan di Walk of Fame. - Foto REUTERS

Wanita Asia-Amerika pertama yang mendapat pengiktirafan Walk of Fame

Sumbangan Wong telah diiktiraf pada tahun 1960 apabila dia menjadi pelakon Asia-Amerika pertama yang menerima bintang di Walk of Fame Hollywood. Peranannya dalam The King of Chinatown dianggap sebagai satu kejayaan untuk Wong dan pelakon Asia-Amerika.

Dia akan tampil dalam siri mata wang dengan wanita lain yang mencipta sejarah

Wong merupakan salah seorang daripada lima wanita yang ditampilkan dalam Women Quarters Program, yang bertujuan untuk menyerlahkan sumbangan budaya dan sejarah pelbagai wanita AS.

Ikon lain yang dipilih termasuk penulis Maya Angelou; Dr Sally Ride, seorang pendidik dan wanita Amerika pertama ke angkasa lepas; Wilma Mankiller, wanita pertama yang dipilih sebagai ketua utama Cherokee, dan Nina Otero-Warren, seorang tokoh penting dalam pergerakan hak wanita New Mexico.

Kumpulan Asia-Amerika meraikan pengiktirafan itu

Bing Chen, pengasas bersama organisasi Gold House, yang berusaha untuk membawa kandungan Asia-Amerika dan mendesak untuk lebih ramai wakil kaum itu, menyifatkan perkembangan itu sebagai "sangat diperlukan" dan menyatakan bahawa Wong ialah ikon semua generasi.

Bagaimanapun, Chen berkata kaum Asia-Amerika terus berdepan pelbagai halangan hari ini.

“Wanita Asia menghadapi pelbagai cabaran, daripada diserang, kepada diobjektifkan pada layar skrin, kepada menjadi kumpulan yang paling tidak berkemungkinan dinaikkan pangkat kepada pengurusan korporat.

"Syiling ini mengukuhkan perkara yang diketahui, mereka (Asia-Amerika) berada di sini dan layak,” kata Chen.