awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku

Bernama
Bernama
08/05/2024
15:16 MYT
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor meyakini kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan mengesan pelaku yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
"Kita serahkan kepada mereka untuk membuat siasatan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Persatuan Nelayan Negeri Johor dan Jamuan Hari Raya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian serangan itu.
Onn Hafiz dalam pada itu berkata kejadian itu tidak akan menjejaskan kemampuan JDT untuk menjulang Piala Sumbangsih menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.
Beliau berkata kewibawaan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik kelab tersebut diyakini dapat memastikan kejayaan pasukan itu.
"Saya yakin dengan kewibawaan Pemangku Sultan Johor untuk mengemudi JDT ke tangga kejayaan, insya-Allah dari segi perkara seperti ini (kejadian serangan) kita doa ia tidak berlaku tetapi apabila ia sudah berlaku, kita kena teruskan dan pastikan fokus untuk menang," katanya.
Semalam, kereta Safiq dipecah individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi dalam kejadian pada 10.05 malam di Jalan Sri Gelam, di sini.
Kejadian berlaku ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor dan insiden berlaku selang beberapa hari selepas pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera disamun di Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#serangan
#Safiq Rahim
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan