awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa ayahnya? Gempar wanita koma 10 tahun tiba-tiba hamil dan bersalin

Agensi
Agensi
06/01/2019
00:45 MYT
Siapa ayahnya? Gempar wanita koma 10 tahun tiba-tiba hamil dan bersalin
Reuters melaporkan pesakit yang melahirkan seorang bayi lelaki pada hujung Disember lalu itu, koma sejak 10 tahun lalu.
AJAIB tetapi benar.
Semuanya bermula selepas polis menerima laporan pada hujung Disember lalu, seorang wanita yang dalam keadaan koma sejak 10 tahun, telah hamil dan kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki.
Susulan itu polis di Phoenix, Amerika Syarikat melancarkan siasatan kemungkinan telah berlaku keganasan seksual terhadap wanita itu dan bapa kepada bayi itu sedang dijejaki.
Menurut Reuters, wanita itu koma akibat insiden lemas dan kemudiannya ditempatkan di hospital.
Pihak hospital bagaimanapun mengaku tidak tahu menahu mengenai status kehamilan wanita itu dan tidak pasti mengapa pesakit berkenaan sering mengerang sehinggalah isu kehamilan wanita berkenaan diketahui.
Sementara itu ketika dihubungi Reuters, jurucakap hospital menyatakan pihaknya mengambil maklum mengenai insiden berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut sama ada kakitangan hospital berkenaan sudah diarah untuk mengadakan ujian DNA untuk mengenal pasti suspek.
Jurucakap hospital juga enggan mengulas mengenai usaha pencegahan untuk mengelak insiden sebegini berulang.
"Walaupun undang-undang privasi menghalang kami untuk membincangkan mengenai tahap kesihatan pesakit, tetapi pihak hospital akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu ini," jelas jurucakap berkenaan.
Dalam perkebangan berkaitan Ketua Pegawai Strategi Gabungan Henti Keganasan Seksual dan Domestik Arizona Tasha Menaker berkata polis boleh mengadakan ujian DNA kepada semua kakitangan lelaki hospital berkenaan bagi menjejaki suspek.
Pada masa sama Gabenor Arizona Doug Ducey memberitahu pihaknya sedang menyemak semula kontrak dengan hospital berkenaan serta tindakan yang boleh dilakukan pihaknya untuk mengetatkan tahap keselamatan di hospital terbabit.
Topic Berkaitan
#bayi
#DNA
#Hospital
#keganasan
#kesihatan
#mengandung
#rogol
#seks
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan