awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa Fethullah Gulen, individu yang dituduh menggerakkan kudeta di Turki?

Hilal Azmi
Hilal Azmi
16/07/2016
23:53 MYT
Siapa Fethullah Gulen, individu yang dituduh menggerakkan kudeta di Turki?
Gulen mengutuk keras percubaan kudeta di Turki. - Foto AFP
Di sebalik kekecohan percubaan rampasan kuasa di Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan mendakwa cendekiawan Islam Turki, Fethullah Gulen, menjadi 'dalang' yang merancangnya.
The Daily Mail UK melaporkan, nama tersebut didedahkan Erdogan selepas beliau mengumumkan percubaan kudeta itu gagal pada Sabtu.
Dalam dakwaan Erdogan, Gulen, 75, dituduh menggerakkan percubaan kudeta terhadap pentadbiran Erdogan dari kediamannya di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Jumaat malam.
Gulen ialah seorang pendakwah, bekas imam, penulis dan tokoh politik Turki yang menggerakkan falsafah campuran dalam bentuk gabungan demokrasi, pendidikan, sains serta dialog antara agama.
Beliau dan pengikutnya yang dikenali sebagai Hizbut dianggarkan mempunyai pengikut sekitar 10 peratus daripada jumlah penduduk Turki.
BACA: Malaysia tentang percubaan tidak berperlembagaan menggugat kehendak rakyat - Najib
BACA: Rangkuman rampasan kuasa tentera di Turki
BACA: Kerajaan Turki, Presiden Erdogan masih berkuasa
Difahamkan bermazhab Hanafi, Gulen pernah mendapat pendidikan di sekolah agama Erzurum Kurşunlu. Dia dan pengikutnya pernah dianggap sebagai jambatan antara pendokong Islam dengan fahaman sekular.
Gulen pernah menjadi rakan dan sekutu Presiden Erdogan dalam politik sebelum 2013. Bagaimanapun, ikatan antara mereka musnah selepas Gulen dituduh dalam sebuah siasatan rasuah. Walau bagaimanapun, pertuduhan itu disangkal Gulen dalam kenyataannya melalui e-mel kepada The New York Times pada Sabtu. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya percubaan kudeta di Turki. "Saya berdoa kepada Allah untuk Turki serta rakyatnya agar situasi ini dapat diselesaikan dengan cepat dan aman," katanya.
Topic Berkaitan
#Fethullah Gulem
#Hizbut
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan