awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan rusuhan: Kerajaan interim Nepal sekat perjalanan KP Sharma Oli, empat pegawai kanan

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2025
10:10 MYT
Siasatan rusuhan: Kerajaan interim Nepal sekat perjalanan KP Sharma Oli, empat pegawai kanan
Kerajaan interim Nepal larang bekas PM KP Sharma Oli (foto) dan empat pegawai kanan keluar negara susulan siasatan rusuhan yang menyebabkan 73 kematian. -Gambar fail/Facebook
KATHMANDU: Kerajaan interim Nepal mengenakan larangan perjalanan terhadap bekas Perdana Menteri KP Sharma Oli dan empat pegawai kanan lain susulan siasatan terhadap protes besar-besaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 73 kematian dan kejatuhan pentadbiran negara itu awal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan interim Nepal larang bekas PM KP Sharma Oli dan empat pegawai kanan keluar negara susulan siasatan rusuhan yang menyebabkan 73 kematian.
  • Larangan berkuat kuasa sejak 28 September dan mereka perlu kekal dalam Lembah Kathmandu untuk siasatan lanjut.
  • Suruhanjaya siasatan khas dijangka bentang laporan penuh sebelum pilihan raya umum Mac 2026, dengan kerugian sektor swasta dianggarkan AS$600 juta.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Om Prakash Aryal, larangan tersebut telah berkuat kuasa sejak 28 September dan meliputi sekatan perjalanan ke luar negara serta larangan meninggalkan Lembah Kathmandu tanpa kebenaran rasmi.
Protes yang bermula pada 8 September tercetus akibat larangan sementara ke atas media sosial, tekanan ekonomi dan dakwaan rasuah.
Demonstrasi yang pada awalnya aman bertukar ganas apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan kerajaan termasuk Parlimen, memaksa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup.
KP Sharma Oli meletak jawatan pada 9 September, sehari selepas insiden berdarah tersebut. Beliau menafikan sebarang penglibatan dalam menghasut kekacauan dan menyalahkan “penyusup” sebagai punca keganasan.
Dalam ucapan umum pertamanya sejak meletak jawatan, Oli menyifatkan kerajaan interim pimpinan Sushila Karki sebagai “kerajaan publisiti” yang tidak sah dan mendakwa dirinya menjadi sasaran politik.
Larangan turut dikenakan ke atas bekas Menteri Dalam Negeri Ramesh Lekhak, bekas Ketua Jabatan Penyiasatan Kebangsaan Hutaraj Thapa, serta dua pegawai kanan lain.
Mereka diwajibkan mendapatkan kebenaran sebelum meninggalkan Lembah Kathmandu kerana mungkin dipanggil untuk siasatan pada bila-bila masa.
Suruhanjaya siasatan khas yang diketuai bekas Ketua Hakim Gauri Bahadur Karki dijangka membentangkan laporan penuh sebelum pilihan raya umum yang dijadualkan pada Mac 2026.
Federation of Nepalese Chambers of Commerce and Industry (FNCCI) menganggarkan kerugian sektor swasta akibat rusuhan mencecah AS$600 juta, melibatkan industri automotif, perhotelan dan runcit.
Topic Berkaitan
#Kerajaan interim Nepal
#KP Sharma Oli
#larang keluar negara
#siasatan rusuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan