awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha bukti sokongan penuh dunia Islam kepada Qatar – Presiden Turkiye

Bernama
Bernama
15/09/2025
22:00 MYT
Sidang Kemuncak Arab-Islam di Doha bukti sokongan penuh dunia Islam kepada Qatar – Presiden Turkiye
Dunia Islam mempunyai kemampuan untuk menggagalkan cita-cita peluasan Israel, kata Erdogan, sambil menekankan bahawa rejim itu juga perlu ditekan dari segi ekonomi. - Gambar fail AP
DOHA: Sidang Kemuncak Arab-Islam yang sedang berlangsung di ibu negara Qatar, Doha susulan serangan Israel minggu lepas membuktikan sokongan padu dunia Islam terhadap negara Teluk itu, kata Presiden Turkiye, pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Serangan Tel Aviv yang menyasarkan pasukan perunding Kumpulan Palestin, Hamas di Qatar telah membawa "kebiadaban Israel" ke tahap baharu, kata Recep Tayyip Erdogan dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Liga Arab.
Beliau menegaskan tidak dapat dinafikan bahawa matlamat Kerajaan Netanyahu adalah untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai dan genosid di Palestin serta menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini, sambil menambah bahawa "kita mesti mempergiat usaha diplomatik" bagi mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Israel.
Dunia Islam mempunyai kemampuan untuk menggagalkan cita-cita peluasan Israel, kata Erdogan, sambil menekankan bahawa rejim itu juga perlu ditekan dari segi ekonomi.
Ankara akan terus berjuang sehingga sebuah negara Palestin ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan integriti wilayah dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, katanya.
Turkiye sentiasa berdiri teguh bersama Qatar sebagai rakan, sahabat dan saudara, kata Erdogan, sambil menegaskan Ankara bersedia berkongsi keupayaan industri pertahanannya dengan negara-negara sahabat.
"Kita mesti menggiatkan kerjasama untuk meraih kemenangan dalam dekad akan datang," katanya lagi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Arab-Islam
#presiden turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
#kebiadaban Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan