TEHRAN: Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Jumaat Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang bakal berlangsung di India menawarkan peluang penting untuk mempromosikan multilateralisme, lapor Agensi Berita Xinhua.
Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke New Delhi untuk menghadiri sidang kemuncak itu yang dijadualkan pada dari 12 hingga 13 Sept, menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang pejabatnya.
Pezeshkian berkata sidang kemuncak itu juga memberi peluang yang "baik" untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin negara-negara "utama dan berpengaruh" berkenaan.
Mesyuarat itu merupakan peluang penting bagi menggalakkan kerjasama ekonomi, perdagangan, perindustrian dan saintifik dalam kalangan negara anggota, katanya sambil menambah bahawa ahli BRICS mempunyai keupayaan "signifikan" dalam pelbagai bidang.
Pezeshkian turut menekankan keperluan untuk membantu negara-negara membangunkan hubungan ekonomi dan perdagangan mereka sambil mengekalkan kebebasan masing-masing.
-- BERNAMA-XINHUA