awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah beri makna amat besar

Bernama
Bernama
09/05/2023
10:38 MYT
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah beri makna amat besar
Menurut Wang, isu pembangunan mekanisme China-Asia Tengah serta kerjasama segenap aspek merupakan antara agenda utama sidang kemuncak berkenaan. - Gambar FB Wang Wenbin Chinese Foreign Ministry
BEIJING: Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang dijadual diadakan pada minggu hadapan memberi pengertian yang besar kepada jalinan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Wang Wenbin, berkata ia merupakan aktiviti diplomatik penting dihoskan Beijing yang bakal menyaksikan pertemuan bersemuka buat julung kalinya antara enam ketua negara sejak China menjalin hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada 31 tahun lalu.
Terdahulu, MFA mengumumkan bahawa Presiden Xi Jinping akan mempengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi bermula 18 hingga 19 Mei.
Ketua negara dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan turut akan menghadiri persidangan itu.
Menurut Wang, isu pembangunan mekanisme China-Asia Tengah serta kerjasama segenap aspek merupakan antara agenda utama sidang kemuncak berkenaan.
"Pemimpin enam negara akan menandatangani dokumen politik penting semasa sidang kemuncak itu.
"Diyakini bahawa ia akan merangka cetak biru baharu untuk hubungan China-Asia Tengah dan membuka era baharu kerjasama kedua-dua pihak," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
#Wang Wenbin
#Xi Jinping
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan