awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak Majlis Bunga Dunia berlangsung di Vietnam

Bernama
Bernama
14/08/2023
02:00 MYT
Sidang Kemuncak Majlis Bunga Dunia berlangsung di Vietnam
Sidang Kemuncak WFC ke-37 dijadual berlangsung di bandar Da Lat, di Lam Dong Vietnam, dari 8 hingga 12 Sept, bertemakan 'Vietnam-Blooming with timeless charm'.
HANOI: Sidang Kemuncak Majlis Bunga Sedunia (WFC) ke-37 dijadualkan berlangsung di bandar Da Lat, di Lam Dong Vietnam dari 8 hingga 12 Sept, acara yang julung kali diadakan di negara Asia Tenggara.
Bertemakan "Vietnam-Blooming with timeless charm", acara itu dijangka menyaksikan kehadiran lebih 500 delegasi yang terdiri pereka terkenal, pakar, pengubah bunga dan saintis dari lebih 20 negara.
Majlis perasmiannya di Universiti Da Lat itu akan menyaksikan persembahan 12 pereka antarabangsa serta pertandingan gubahan bunga yang melibatkan penyertaan 40 peserta tempatan dan luar negara.
Pelbagai aktiviti telah diatur di sepanjang acara lima hari itu, termasuk pameran bunga serta bengkel gubahan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga, dengan pertunjukan fesyen bunga dijangka menarik tumpuan pengunjung.
Sidang Kemuncak anjuran WFC itu pertama kali diadakan pada tahun 1995.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Majlis Bunga Sedunia
#Sidang Kemuncak WFC
#Bunga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan