awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak NATO diharap bawa berita gembira keanggotaan Ukraine - Poland

Bernama
Bernama
13/06/2023
08:13 MYT
Sidang Kemuncak NATO diharap bawa berita gembira keanggotaan Ukraine - Poland
Duda berkata beliau berharap sidang kemuncak NATO akan datang bakal membawa "berita baik" kepada Ukraine. - Gambar/ Reuters
WARSAW: Presiden Poland Andrzej Duda berkata beliau berharap sidang kemuncak NATO akan datang bakal membawa "berita baik" kepada Ukraine terutamanya mengenai masa depan keanggotaan Kiev, lapor Sputnik.
"Hari ini, malah lebih penting daripada kehadiran fizikal ialah kehadiran simbolik, dalam bentuk membawa perkhabaran yang ditunggu-tunggu oleh Ukraine. Ukraine sedang menunggu isyarat yang jelas dan boleh dipercayai mengenai prospek keahlian NATO.
"Saya berharap sidang kemuncak NATO di Vilnius akan datang bakal membawa berita baik kepada Kyiv bahawa keanggotaan masa depan Ukraine dalam NATO dapat dilihat dengan jelas dan akan ada cahaya dalam terowong, terima kasih kepada keputusan kami yang akan dibuat di Vilnius," kata Duda kepada pemberita sebelum mesyuarat dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Olaf Scholz.
Terdahulu, pemimpin Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata Kiev berharap untuk menerima jemputan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara pada sidang kemuncak NATO Julai depan di Vilnius.
Beliau berkata tentera Ukraine kecewa kerana Ukraine masih belum menerima maklum balas positif jelas mengenai penyertaannya ke dalam EU dan NATO.
Timbalan Setiausaha Agung NATO Mircea Geoana pada Sabtu berkata tiada konsensus dalam perikatan itu mengenai penyertaan Ukraine.
Jurucakap presiden Rusia Dmitry Peskov berkata Kremlin telah mendengar permintaan Zelenskyy agar Ukraine menyertai NATO.
Beliau berkata Moscow sedang memantau rapat situasi dan mengingatkan kecenderungan Ukraine terhadap NATO menjadi satu sebab permulaan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Sidang Kemuncak NATO
#Ukraine
#keanggotaan NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan