awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir

Bernama
Bernama
04/03/2025
22:20 MYT
Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Keadaan ombak kuat di Spit, pantai Gold Coast, ketika Siklon Alfred sedang menghampiri di bahagian pantai timur Australia, 3 Mac 2025. (Foto AP)
KARACHI (Pakistan): Siklon Tropika Alfred mungkin mengakibatkan banjir melanda kira-kira 20,000 rumah di Bandar Brisbane Australia sahaja, pihak berkuasa memberi amaran pada Selasa.
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW), lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik Perbadanan Penyiaran Australia.
Majlis Bandar Raya Brisbane memberi amaran, kira-kira 20,000 rumah di Brisbane sahaja berisiko mengalami impak ribut dan banjir yang berkaitan dengan siklon itu.
"Hartanah mungkin mengalami apa-apa sahaja daripada halaman rumah digenangi air hingga banjir yang memasuki rumah mereka," kata Datuk Bandar Brisbane, Adrian Schrinner.
Ribut dijangka memuncak pada Khamis.
Polis dan perkhidmatan kecemasan mula membuat lawatan dari rumah ke rumah di kawasan tanah rendah di sepanjang pantai tenggara Queensland.
Dengan sistem kategori dua yang diramalkan akan mengekalkan kekuatannya, siklon itu berkemungkinan melanda pada lewat Khamis atau awal pagi Jumaat.
"Siklon itu semakin menguat dan semua maklumat menunjukkan ini sesuatu yang perlu kita ambil serius," kata Premier Queensland David Crisafulli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siklon
#Alfred
#Australia
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan