awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura akan sesuaikan kadar tol Malaysia di Tambak: LTA

Bernama
Bernama
29/07/2014
00:45 MYT
Singapura akan sesuaikan kadar tol Malaysia di Tambak: LTA
Jika tol baharu dikenakan oleh Malaysia di Tambak Johor, kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol -Foto fail
Jika tol baharu dikenakan atau kadar tol dinaikkan oleh Malaysia di Tambak Johor, kerajaan Singapura akan menyesuaikan pelaksanaan tol baharu dan kenaikan kadar tol itu dalam masa terdekat, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).
Ini kerana telah menjadi amalan kerajaan Singapura untuk menetapkan kadar tol Singapura supaya disesuaikan dengan kadar yang ditetapkan oleh Malaysia di Tambak dan Link Kedua, kata jurucakap LTA dalam satu kenyataan hari Isnin.
Berhubung pertanyaan media, jurucakap itu menarik perhatian kepada laporan media bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia akan menaikkan kadar tol bagi semua kenderaan, kecuali motosikal bagi perjalanan dari Singapura ke Johor melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2014.
Jurucakap itu berkata perubahan kadar tol itu adalah berbeza dengan pengumuman Malaysia sebelumnya untuk melaksanakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki Johor.
"Kerajaan Singapura belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia mengeni tol baharu atau kenaikan bayaran tol dan telah meminta pengesahan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung laporan media itu.
Topic Berkaitan
#Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA)
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan