awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bakal miliki kondominium mewah pasang siap tertinggi di dunia

Agensi
Agensi
10/08/2020
08:40 MYT
Singapura bakal miliki kondominium mewah pasang siap tertinggi di dunia
Dengan ketinggian 192 meter, projek kediaman Avenue South Residences itu kini sedang dalam fasa pembinaan dan dijangka siap pada 2023. - Foto: Facebook Avenue South Residence
Singapura bakal memiliki bangunan kondominium mewah pasang siap yang tertinggi di dunia.
Dengan ketinggian mencapai 192 meter, projek kediaman Avenue South Residences itu kini dalam fasa pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2023, lapor portal berita CNN.
Sebahagian besar struktur pra-acuan kediaman mewah kendalian ADDP Architects itu sedang dibina di Johor, Malaysia menerusi kaedah pembinaan Prefabricated Prefinished Volumetric Construction (PPVC) yang kurang tenaga buruh dan dapat membantu mengurangkan pencemaran sampah dan pencemaran bunyi.
Modul kondominium mewah itu dihasilkan oleh sebuah kilang yang terletak di Senai, Johor sebelum unit-unit tersebut dipindahkan ke Singapura untuk dipasang dan dilengkapkan seterusnya dialihkan ke tapak pembinaan.
Menurut ADDP Architects, unit berkenaan dijangka siap 80 peratus sebelum ia selesai dipindahkan.
“Unit-unit berkenaan akan dilengkapkan menggunakan kren manakala sentuhan terakhir seperti memasang tombol pintu akan dikemas kini sebaik semuanya selesai,” kata rakan niaga firma berkenaan, Markus Cheng Thuan Hann.
Tujuan pangsapuri berkenaan dibina menggunakan kaedah pasang siap bertujuan mengehadkan kerja-kerja pembinaan dan gangguan kejiranan di lokasinya yang terletak di Bukit Merah.
Pada masa yang sama, kaedah berkenaan turut dilihat sesuai dengan keadaan semasa yang kini menyaksikan Singapura serta Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#bangunan
#Malaysia
#Pangsapuri mewah
#pembinaan
#PPVC
#Singapura
#struktur pasang siap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan