Dengan pemberian dua lesen 5G, Singapura berada di landasan untuk mencapai liputan 5G di seluruh republik itu secara kendirinya menjelang 2025, kata Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, S. Iswaran.

Pada Rabu, Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm Singapura mengumumkan Singtel Mobile Singapore Pte Ltd dan Konsortium Usaha Sama yang ditubuhkan oleh StarHub Mobile Pte Ltd dan M1 Ltd sebagai pemenang anugerah 5G Call for Proposal (CFP).

Bercakap secara media maya di sini, Iswaran berkata, republik itu juga berada di landasan untuk meraih liputan sebanyak 50 peratus dalam masa dua tahun, atau "dalam kata lain, menjelang 2022."

"Oleh itu, Singapura akan menjadi antara kumpulan negara terawal yang menawarkan keupayaan dan perkhidmatan 5G sepenuhnya," katanya.

Iswaran berkata kelulusan itu adalah penting dalam usaha berterusan republik itu membangunkan infrastruktur yang bersedia untuk masa depan bagi ekonomi digital, "walaupun kami membangunkan apa yang kami sudah ada hari ini."

-- BERNAMA