Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mengawal tabiat merokok termasuk mengharamkan produk tembakau dipamerkan berhampiran kaunter juruwang.
Setiausaha Parlimennya, Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata pihak kementerian mahu mengurangkan kesan pengiklanan rokok mulai dari sudut paparan khusus kepada golongan belia.
"Apabila produk tembakau tidak lagi dipamerkan secara menonjol maka ia boleh mengurangkan pembelian rokok tanpa dirancang serta membantu usaha perokok cuba berhenti merokok," katanya pada sesi perbahasan perbekalan peringkat jawatankuasa MOH di Parlimen pada Khamis.
Beliau berkata MOH akan mengharamkan titik pameran tembakau pada tahun ini menerusi pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan).
Menurutnya, pihak peruncit akan diberi tempoh masa 12 bulan untuk mematuhi peraturan itu.
Bernama
Fri Mar 13 2015
Pihak peruncit akan diberi tempoh 12 bulan untuk mematuhi peraturan itu. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Singapura haram pamer rokok di kaunter juruwang
Kementerian Kesihatan Singapura mengambil beberapa inisiatif termasuk mengharamkan produk tembakau dipamerkan berhampiran kaunter juruwang.