Skip to main content

Dunia

Singapura, Jepun akan bekerjasama tangani masyarakat menua, kadar kelahiran rendah

51714819249_wargaemasamanahs.jpg
Memandangkan Singapura dan Jepun mendepani cabaran demografi yang serupa, terdapat nilai besar dalam bertukar-tukar pandangan serta belajar daripada pengalaman satu sama lain, ujar menteri Singapura. - Gambar hiasan
Advertisement

SINGAPURA: Berhadapan dengan masalah kadar kelahiran yang menjunam dan peningkatan populasi yang menua, Singapura dan Jepun sedia untuk bekerjasama di dalam pembangunan keluarga dan kanak-kanak. 

Pada Selasa, satu Memorandum Kerjasama (MOC) ditandatangani antara Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Singapura dan Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga Jepun.

Majlis menandatangani MOC itu berlangsung ketika lawatan kerja Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli ke Tokyo.

Dalam satu kenyataan, MSF memaklumkan, perjanjian itu menyaksikan kedua-dua agensi melaksanakan aktiviti seperti perkongsian amalan terbaik, pertukaran maklumat, selain menjalankan penyelidikan, kajian dan data statistik berkaitan pembangunan holistik keluarga dan kanak-kanak.

Masagos yang berada di Jepun hingga 24 Julai berkata, kerjasama itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara serta komitmen bersama untuk membina keluarga yang kukuh dan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik.

"Memandangkan Singapura dan Jepun mendepani cabaran demografi yang serupa, termasuk populasi menua dan kadar kelahiran yang rendah, terdapat nilai besar dalam bertukar-tukar pandangan serta belajar daripada pengalaman satu sama lain dalam menyokong keluarga dan kanak-kanak," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement