awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura kesal sidang kemuncak Trump-Kim dibatalkan

Bernama
Bernama
25/05/2018
03:08 MYT
Singapura kesal sidang kemuncak Trump-Kim dibatalkan
Pertemuan antara kedua-dua figura ini dinantikan masyarakat dunia. - Gambar fail
Singapura melahirkan rasa kesal berhubung pembatalan sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun di sini.
"Singapura berharap sesi dialog dan usaha untuk mewujudkan keamanan serta kestabilan berterusan di Semenanjung Korea akan diteruskan," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Khamis.
Dilaporkan Trump membatalkan sidang kemuncak 12 Jun itu melalui surat yang dialamatkan kepada Kim. Surat itu kemudian dimuat naik di laman web Rumah Putih pada Khamis.
Kira-kira dua minggu lepas, Trump mengumumkan tarikh dan lokasi bagi pertemuan bersejarah itu melalui akaun Twitter beliau.
Pada 10 Mei, Singapura berkata negara itu bersedia untuk menjadi tuan rumah pertemuan julung kali bagi kedua-dua pemimpin tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#damai
#Donald Trump
#Kim Jong Un
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan