SINGAPURA: Singapura masih bimbang dengan perkembangan terkini di Baitulmaqdis, termasuk di Haram al-Sharif/Temple Mount, menurut Kementerian Luar Negeri (MFA) republik itu.

"Kami menggesa semua pihak untuk bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan," kata jurucakap MFA sebagai menjawab pertanyaan media mengenai situasi di Baitulmaqdis.

Ketegangan semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April dan puluhan rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.

Tindakan pendatang menceroboh ke tapak suci Islam itu untuk meraikan perayaan Yahudi menambah lagi kemarahan rakyat Palestin.

-- BERNAMA