awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura

Bernama
Bernama
15/04/2024
21:45 MYT
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Wong merupakan seorang penjawat awam sebelum menceburi politik dan merupakan Ketua Eksekutif EMA. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marsiling-Yew Tee, dilantik pertama kali sebagai MP pada Mei 2011. - Facebook Lawrence Wong
SINGAPURA: Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Wong, 51, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Singapura berkata dalam satu mesej video berikutan pengumuman tarikh penyerahan tampuk kepimpinan negara itu bahawa beliau ingin mendapatkan kepercayaan dan sokongan rakyat Singapura untuk membina bab seterusnya dalam kisah Singapura yang rakyatnya bersatu padu tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.
"Saya menerima tanggungjawab ini dengan rasa rendah hati dan rasa kewajiban yang mendalam. Saya meminta setiap orang daripada kamu untuk menyertai saya dalam perjalanan ini.
"Kongsi idea, nyala rasa dan impian anda. Bekerja bersama saya dan pasukan saya. Bersama-sama kita boleh membina masa hadapan yang bersinar terang untuk semua rakyat Singapura," katanya.
Wong akan mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Lee Hsien Loong pada 15 Mei.
Perdana Menteri yang baharu akan mengangkat sumpah pada pukul 8 malam 15 Mei di Istana.
I am honoured to be asked to undertake this new responsibility as the Prime Minister of Singapore. I accept this responsibility with humility and a deep sense of duty. I pledge to give you my all in this undertaking. https://t.co/Qh83pDhIBV
— Lawrence Wong (@LawrenceWongST) April 15, 2024
Wong yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata beliau tidak pernah menduga untuk berkhidmat sebagai perdana menteri negara ini sewaktu kali pertama beliau dipelawa untuk menyertai politik pada 2011.
"Saya bersetuju kerana saya ingin menyumbang kepada kisah Singapura," katanya.
Wong merupakan seorang penjawat awam sebelum menceburi politik dan merupakan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA).
Ahli Parlimen (MP) Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu dilantik pertama kali sebagai MP pada Mei 2011.
Wong telah memegang jawatan di pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Kementerian Pembangunan Nasional dan Kementerian Pendidikan
Beliau juga mempengerusikan bersama Pasukan Petugas Pelbagai-Kementerian bagi COVID-19 dari 2020 hingga 2023, yang memantau respons Kerajaan Singapura terhadap pandemik itu.
Wong berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Ekonomi daripada University of Wisconsin-Madison dan the University of Michigan-Ann Arbor, selain memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada Harvard Kennedy School, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lawrence Wong
#Singapura
#ikrar
#perdana menteri keempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan