awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg

Bernama
Bernama
26/09/2023
06:08 MYT
Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Menurut SPF, pihaknya dimaklumkan mengenai bom yang ditemui di tapak pembinaan itu semasa kerja-kerja penggalian pada 20 Sept jam 11.57 pagi. - Foto FB Singapore Police Force
SINGAPURA: Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram hari ini.
Operasi pemusnahan peninggalan perang itu akan dilakukan di tapak pembinaan di sepanjang Upper Bukit Timah Road antara 8 pagi dan 7 malam waktu tempatan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi laman sesawangnya.
Menurut SPF, pihaknya dimaklumkan mengenai bom yang ditemui di tapak pembinaan itu semasa kerja-kerja penggalian pada 20 Sept jam 11.57 pagi.
SAF EOD membuat penilaian bahawa peninggalan perang itu adalah bom Perang Dunia II seberat 100kg serta ia tidak selamat untuk dipindahkan dan mesti dilupuskan di lokasi.
Sekatan di sepanjang 200 meter dari lokasi bom berkenaan ditemui dan penutupan jalan juga akan dilaksanakan di kawasan sekitar mulai jam 11 pagi demi keselamatan orang ramai.
Sekatan di sepanjang 200 meter dari lokasi bom berkenaan ditemui dan penutupan jalan juga akan dilaksanakan di kawasan sekitar. - Singapore Police Force
Sekatan di sepanjang 200 meter dari lokasi bom berkenaan ditemui dan penutupan jalan juga akan dilaksanakan di kawasan sekitar. - FB Singapore Police Force
Orang ramai akan dimaklumkan apabila jalan dibuka semula, menurut kenyataan itu.
SPF telah berhubung dengan penduduk yang terkesan dan pihak berkepentingan lain serta kedai-kedai di sepanjang Upper Bukit Timah Road, serta pihak pengurusan Sekolah Menengah Greenridge.
"Mereka perlu mengosongkan sementara bangunan mereka sementara operasi pemusnahan terkawal," katanya.
Semasa penutupan jalan, akses hanya diberikan kepada polis, SAF, kenderaan kecemasan dan mereka yang diberi kuasa.
SPF menjelaskan ia sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan pegawai SAF EOD demi memastikan pemusnahan terkawal dan dijalankan dengan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#Perang Dunia Kedua
#Upper Bukit Timah Road
#Angkatan Bersenjata Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan