SINGAPURA:Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura, kini merempat kerana tidak mampu untuk menyewa bilik mahupun katil.
Kementerian itu merujuk kepada satu artikel bertajuk 'Homeless Malaysians in Singapore' yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22 Nov, menerusi temu bual seorang rakyat Malaysia Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh.
Berikutan laporan itu, MOM menyatakan mereka telah bertemu Shahruddin pada 23 dan 27 Nov bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan dakwaan beliau, supaya kementerian itu dapat memberikan bantuan yang perlu, kepada pekerja terbabit.
Bagaimanapun MOM menyatakan, yang lelaki itu gagal untuk memberikan maklumat tepat seperti nama dan maklumat hubungan pekerja Malaysia yang merempat itu, seperti yang telah didakwa beliau.
"Beliau akui yang dia tidak pernah bercakap secara terus dengan mana-mana pekerja terbabit dan tidak dapat mengesahkan yang mereka sebenar-benarnya merempat.
"Beliau tidak kenal mana-mana pekerja Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal dan juga menyatakan yang beliau tidak memberitahu wartawan NST yang 'lebih 100 rakyat Malaysia di Singapura merempat," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Menurut MOM, Kerajaan Singapura mempunyai satu Pasukan Petugas antara Agensi, yang menjalankan pemeriksaan rutin dan memeriksa di pelusuk pulau dan jika menemui mana-mana orang yang merempat, mereka akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk diberikan bantuan.
Pasukan Petugas itu terdiri daripada pegawai MOM, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan juga pasukan Polis Singapura.
"Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin, pegawai terbabit telah pergi ke pelbagai lokasi di pulau itu sehingga lewat malam pada 26 Nov, termasuk kawasan yang disenaraikan oleh Shahruddin. Namun kami tidak menemui mana-mana pemegang pas kerja yang tidur di tepi jalan.
Pekerja yang ditemui tidur di tempat terbuka, termasuk pemegang pas kerja, akan diberikan bantuan dan majikan mereka akan diminta menyediakan penginapan dengan segera atau Pusat Pekerja Asing (MWC) akan menempatkan mereka di tempat mereka, jika majikan tidak dapat melakukannya," menurut MOM.
Mom juga telah telah berhubung dengan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan mana-mana pemegang pas kerja yang ditemui merempat.
MOM menyatakan, dalam beberapa bulan lepas, mereka tidak menerima sebarang rujukan daripada NGO-NGO terbabit.
Kementeria itu mengingatkan para majikan mengenai tanggungjawab mereka terhadap pekerja asing mereka dan perlu memastikan yang mereka mempunyai penginapan yang sesuai ketika tinggal di Singapura.
Kenyataan itu menyatakan, orang awam yang mengetahui mana-mana pemegang pas kerja yang menghadapi masalah penginapan, perlu merujuk mereka kepada MOM atau MWC menerusi talian 'hotline' 24 jam pada nombor 6536 2692 untuk bantuan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Kementerian itu merujuk kepada satu artikel bertajuk 'Homeless Malaysians in Singapore' yang disiarkan akhbar The New Straits Times (NST) pada 22 Nov. - Gambar fail

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

MOM berterima kasih gelembung sukan diluluskan
Keputusan mengenai konsep gelembung sukan itu menjadi antara pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh semua komuniti sukan.

Singapura nafikan laporan lebih 100 pekerja Malaysia merempat
Kementerian Tenaga Kerja Singapura menafikan terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia pemegang pas kerja di Singapura merempat.

Malaysia bakal kehilangan 14 pingat emas di Vietnam
Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) meluluskan rayuan jujitsu, triathlon, e-sukan dan boling tenpin untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 jenis sukan.

MOM lulus dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000
Jawatankuasa Pengurusan Amanah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah meluluskan penubuhan dana COVID-19 kedua berjumlah RM300,000.

Sukan SEA: Hantar atlet muda, MOM sedia longgar kriteria pemilihan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menukar kriteria pemilihan atlet ke temasya Sukan SEA 2021, sekiranya cadangan menghantar atlet muda ke sukan dwitahunan itu direalisasikan.

Piala Thomas/Uber: Dibatalkan atau tunda buat kali keempat?
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi dari badan induk dunia tentang status kejohanan itu.

Lebih baik jika tangguh Piala Thomas, Uber - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berpendapat, menangguhkan Piala Thomas dan Uber yang dijadual di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Okt depan, dilihat sebagai keputusan yang lebih tepat.

Sukan SEA Vietnam: MOM sedia ubah syarat kelayakan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedia mengubah syarat kelayakan untuk ke Sukan SEA Vietnam 2021.

Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.

MOM, Pejabat Pesuruhjaya Sukan perkukuh hubungan kerjasama
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan mahu memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.