Skip to main content

Malaysia

Malaysia tunggu siasatan dakwaan lima rakyat Malaysia masuk Mekah tanpa permit

MAKKAH, 20 Mei -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan ketika sidang media, di sini hari ini.  Sebanyak 31,243 daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M telah selamat tiba di Tanah Suci menerusi 99 penerbangan setakat hari ini._BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut. - Foto Bernama

JEDDAH: Malaysia sedang menunggu siasatan berkenaan dakwaan lima rakyat Malaysia yang kononnya ditahan memasuki Mekah tanpa permit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut.

"Kita masih menunggu siasatan," katanya ketika ditemui selepas Grand Hajj Symposium 2026 di sini hari ini.

Terdahulu, media Arab Saudi, Saudi Gazette melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi selepas didapati cuba memasuki Mekah tanpa permit haji melalui laluan tidak rasmi di kawasan berbukit dan lembah.

Menurut Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi, semua individu terbabit ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 1447 hijrah sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

"Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa semua jemaah dan penduduk perlu mematuhi peraturan serta prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan operasi haji tahun ini.

“Sebarang pelanggaran peraturan haji akan dikenakan tindakan dan hukuman mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor portal berita Saudi Gazette.
 

Must Watch Video

Advertisement