Dalam usaha untuk mengaktifkan kembali statusnya sebagai hab udara dalam persekitaran pandemik COVID-19, Singapura mungkin akan mempertimbangkan untuk membenarkan pengembara udara dari beberapa negara atau rantau yang berjaya mengawal wabak itu, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung.
"Singapura dapat mempelbagaikan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) untuk perjalanan perniagaan dan juga memperluaskannya untuk perjalanan umum," katanya dalam ucapan Hari Kebangsaan negara itu di kementeriannya di sini pada Jumaat.
"Harus menjalani tempoh pengasingan atau atau kuarantin selama 14 hari adalah penghalang utama bagi pengembara dan kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk menggantinya dengan proses ujian yang lebih ketat," katanya.
Ong mengambil maklum bahawa pertimbangan kesihatan dan ekonomi itu, masing-masing tidak bertentangan, kerajaan akan mencari jalan untuk merancakkan semula hab udara Singapura dan pada masa yang sama memastikan negara itu selamat.
Setakat ini, Singapura mempunyai persetujuan pengaturan mengenai RGL antara China dan Malaysia.
Ong berkata penularan COVID-19 itu menjadikan Lapangan Terbang Changi kembali kepada keadaan pada tahun 1981 apabila Terminal Satu dibuka buat pertama kali.
"Pada awal 1980-an, kebanyakan syarikat penerbangan belum memutuskan untuk datang ke Lapangan Terbang Changi. Kerajaan berusaha keras untuk syarikat penerbangan untuk mendarat di lapangan terbang itu. Hari ini, banyak syarikat penerbangan beroperasi di sini dan Changi telah berkembang menjadi sebuah lapangan terbang bertaraf dunia," katanya.
Ong berkata cabaran sekarang adalah untuk meningkatkan jumlah penumpang dan pada masa yang sama mengawal penularan wabak tersebut.
"Pilihan terbaik adalah untuk memilih negara dan wilayah di mana profil risiko penularan virus adalah sama ada serupa atau lebih baik daripada Singapura. Termasuk trafik transit-pemindahan, mereka menyumbang sekitar 40 peratus daripada jumlah penumpang di lapangan terbang itu sebelum berlakunya penularan COVID-19," katanya.
Ong berkata Lapangan Terbang Changi pernah merekodkan lebih daripada 1,000 pergerakan pesawat sehari, sekarang hanya sekitar 150 sahaja.
Ia adalah lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia dari segi trafik penumpang antarabangsa, kini turun kepada kepada kedudukan ke-50.
"Lebih buruk, Singapura tidak memiliki perjalanan udara domestik. Lapangan Terbang telah berusaha untuk mengembalikan permintaan dengan pelbagai cara.
"Pesawat kargo masih menggunakan Lapangan Terbang Chang, tetapi ia hanya sekitar 5.0 peratus daripada jumlah penerbangan sebelum berlakunya penularan COVID-19. Kami telah mula membenarkan penumpang transit dan pemindahan namun ia hanya mampu menyumbang sepertiga daripada jumlah keseluruhan trafik penumpang di Changi.
"Ketika ini, Changi menerima sebanyak 400 pergerakan penumpang sehari atau 150,000 dalam setahun berbanding 20 juta setahun sebelum berlakunya penularan wabak tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 14 2020
Singapura mungkin akan mempertimbangkan untuk membenarkan pengembara udara dari beberapa negara atau rantau yang berjaya mengawal wabak itu. - Gambar fail/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.