awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maldives laksana larangan tembakau untuk generasi muda buat julung kalinya

Bernama
Bernama
01/11/2025
15:47 MYT
Maldives laksana larangan tembakau untuk generasi muda buat julung kalinya
Individu yang lahir pada atau selepas 1 Jan 2007 dilarang membeli, menggunakan atau menjual produk tembakau di Maldives. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Maldives melaksanakan larangan tembakau untuk generasi muda pada Sabtu, menandakan detik bersejarah dalam usaha negara itu melindungi kesihatan awam dan memupuk masyarakat bebas tembakau, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Maldives.

Ringkasan AI
  • Maldives melaksanakan larangan tembakau untuk generasi muda pada Sabtu, menandakan komitmen kerajaan dalam melindungi golongan belia daripada bahaya tembakau.
  • Undang-undang yang diluluskan menjadikan Maldives sebagai negara pertama yang memperkenalkan larangan tembakau menyeluruh kepada generasi muda, melibatkan individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007.
  • Langkah tegas ini turut termasuk larangan terhadap produk tembakau, rokok elektronik, dan vape, dengan penjual dikehendaki mengesahkan umur pembeli sebelum membuat jualan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
"Larangan tembakau ini mencerminkan komitmen kukuh kerajaan untuk melindungi golongan muda daripada bahaya tembakau dan selaras dengan obligasi Maldives di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia Mengenai Kawalan Tembakau," menurut kenyataan itu.
Undang-undang yang disahkan oleh Presiden Maldives Mohamed Muizzu pada Mei lalu menjadikan negara itu yang pertama melaksanakan larangan tembakau secara menyeluruh terhadap generasi muda di seluruh negara.
Individu yang lahir pada atau selepas 1 Jan 2007 dilarang membeli, menggunakan atau menjual produk tembakau di Maldives. Larangan itu merangkumi semua jenis tembakau, dan penjual diwajibkan mengesahkan umur pembeli sebelum membuat jualan.
Maldives turut menguatkuasakan larangan ketat terhadap import, penjualan, pengedaran, pemilikan dan penggunaan rokok elektronik serta produk vape yang terpakai kepada semua individu tanpa mengira umur.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menjadi tindakan penting yang diambil oleh Maldives untuk melindungi generasi muda berhubung isu tembakau? A: Maldives melaksanakan larangan tembakau secara menyeluruh terhadap generasi muda, termasuk individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007.
  • Q: Apakah sebab utama yang menjadi dorongan bagi Maldives untuk melaksanakan larangan tembakau ini? A: Larangan tembakau dilaksanakan untuk melindungi golongan muda daripada bahaya tembakau dan memenuhi obligasi negara di bawah Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia Mengenai Kawalan Tembakau.
  • Q: Adakah larangan tembakau di Maldives melibatkan semua jenis produk tembakau? A: Ya, larangan tembakau di Maldives merangkumi semua jenis tembakau, dan individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2007 dilarang membeli, menggunakan atau menjual produk tembakau.
  • Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh penjual tembakau di Maldives berhubung dengan larangan tembakau terhadap generasi muda? A: Penjual diwajibkan untuk mengesahkan umur pembeli sebelum membuat jualan produk tembakau.
  • Q: Bagaimanakah pendekatan Maldives terhadap rokok elektronik dan produk vape dalam usaha melindungi generasi muda? A: Maldives turut menguatkuasakan larangan ketat terhadap import, penjualan, pengedaran, pemilikan, dan penggunaan rokok elektronik serta produk vape yang terpakai kepada semua individu tanpa mengira umur.

Topic Berkaitan
#Maldives
#larangan tembakau
#generai muda
#kesihatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan