awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000

Bernama
Bernama
24/03/2025
20:45 MYT
Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
Singapura melaksanakan larangan ketat terhadap pengimportan, penjualan, pengedaran, pemilikan, penggunaan, dan pembelian e-rokok, vaporiser, serta produk tembakau tiruan bagi melindungi kesihatan awam.
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura mengumumkan pada Isnin rampasan e-vaporiser atau rokok elektronik bernilai lebih S$200,000 (kira-kira AS$150,000) yang bertujuan untuk dijual di negara itu, menurut laporan Xinhua.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.
Pada 28 Feb, HSA menemukan kira-kira 5,000 e-pengewap di sebuah gudang di Sungei Kadut, terletak di utara Singapura, dan menahan dua lelaki berusia 32 dan 31 tahun.
Dalam operasi kedua pada 1 Mac, pegawai ICA di Pos Kawalan Tuas mengarahkan sebuah lori yang memasuki Singapura untuk pemeriksaan terperinci, lalu menemukan kira-kira 4,800 e-vaporiser.
Pemandu lori berusia 24 tahun itu kini membantu siasatan.
Singapura telah melaksanakan larangan ketat terhadap pengimportan, penjualan, pengedaran, pemilikan, penggunaan, dan pembelian e-rokok, vaporiser, serta produk tembakau tiruan bagi melindungi kesihatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#e-vaporiser
#produk tembakau tiruan
#E-rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan