awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sahkan 24 kes Omicron setakat Khamis

Bernama
Bernama
17/12/2021
06:21 MYT
Singapura sahkan 24 kes Omicron setakat Khamis
Singapura melaporkan dua kes COVID-19 varian Omricon import pertama yang disahkan pada 6 Dis lalu. - Foto REUTERS
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik itu setakat Khamis (16 Dis), dengan 21 kes import dan tiga kes tempatan.
"Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan merebak ke banyak bahagian dunia, kita harus menjangkakan untuk menemui lebih banyak kes Omicron di sempadan negara dan juga dalam komuniti kita," kata MOH dalam satu kenyataan Khamis malam.
MOH berkata ia mengesan satu lagi ujian awal kes COVID-19 tempatan yang positif varian Omicron pada Khamis.
"Kes yang lengkap divaksin itu menunjukkan gejala tidak ketara, dan sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID)," kata kenyataan itu.
MOH mengambil maklum bahawa pihaknya sedang menghalang penularan kes melalui pengesanan kontak.
Dilabel sebagai Kes 276615, ia melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu pemuatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.
Beliau mengalami demam pada 8 Dis dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Perubatan Awam (GP) dan melakukan ujian COVID-19.
Keputusan ujiannya kembali positif COVID-19 pada hari berikutnya, dan diletakkan dalam Program Pemulihan Rumah.
Disebabkan beliau kemudiannya dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelumnya, sampelnya diuji untuk varian Omicron pada 16 Dis dan keputusan awal menunjukkan positif.
Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian dan pengesanan hubungan sedang dijalankan, kata kenyataan itu.
Singapura melaporkan dua kes COVID-19 varian Omricon import pertama yang disahkan pada 6 Dis. Kedua-dua kes tiba dari Johannesburg menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Omicron
#tiga kes tempatan
#Kementerian Kesihatan SIngapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan