awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional

Bernama
Bernama
04/03/2025
15:03 MYT
Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura mengesahkan 187 kes gastroenteritis atau radang perut dan usus akibat daripada pengambilan makanan sedia makan yang disediakan dalam latihan Ketahanan Menyeluruh pada Februari, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, 184 kes melibatkan pelajar sekolah, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, pada Selasa sebagai jawapan kepada soalan di Parlimen, sambil berkata semua individu terjejas sudah pulih.
Dalam sesi Parlimen itu, Ahli Parlimen mengemukakan soalan mengenai punca simptom, kajian mikrobiologi dan jangka hayat produk yang diuji, proses penilaian pembekal makanan sedia makan bagi program kerajaan, serta sama ada sebarang tindakan penalti akan dikenakan ke atas SATS, penyedia makanan terlibat.
Fu berkata ujian yang dijalankan oleh Agensi Makanan Singapura terhadap sampel makanan yang dikumpul tidak mengesan sebarang patogen bawaan makanan. Beliau berkata agensi itu bersama Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil jika terdapat sebarang kelemahan dikesan.
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis selepas memakan makanan sedia makan yang diedarkan antara 15 dan 28 Februari sebagai sebahagian daripada Latihan SG Ready 2025, satu latihan kesiapsiagaan nasional.
Selain sekolah, pusat penjagaan warga emas turut menerima makanan itu.
Sebanyak 150,000 hidangan dirancang diedarkan dalam latihan yang bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan rakyat Singapura terhadap gangguan bekalan elektrik akibat serangan siber.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Singapura
#program latihan nasional
#gastroenteritis
#radang perut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan