awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion

Bernama
Bernama
03/02/2026
12:00 MYT
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Singapura menyasarkan menerima antara 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, dengan anggaran hasil pelancongan sekitar S$31.0 hingga S$32.5 bilion. - Foto hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Singapura menyasarkan menerima antara 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, dengan anggaran hasil pelancongan sekitar S$31.0 hingga S$32.5 bilion.

Ringkasan AI
  • Singapura sasar terima 17 hingga 18 juta pelawat antarabangsa tahun ini, hasil pelancongan dijangka S$31 hingga S$32.5 bilion, berikutan ketidakstabilan ekonomi global dan politik.
  • Sektor pelancongan catat pertumbuhan stabil pada 2025 dengan hasil pelancongan S$23.9 bilion bagi tiga suku pertama, meningkat 6.5% berbanding 2024, menunjukkan prestasi yang baik.
  • Prestasi kukuh Singapura dalam hasil pelancongan 2025 membolehkan negara mencapai aspirasi Pelancongan 2040, dengan fokus pada pengalaman unik untuk menarik pelawat global.

Menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB), unjuran itu dibuat secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan ketidakstabilan politik yang menjejaskan corak perjalanan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Melissa Ow dalam satu kenyataan berkata agensi itu akan terus meneroka peluang bagi menembusi pasaran baharu serta menyokong perusahaan dan tenaga kerja sektor pelancongan untuk membangunkan produk serta pengalaman yang berbeza dan unik, sejajar dengan matlamat Pelancongan 2040 dan pembangunan sektor pelancongan yang mampan.
Menurut STB, sektor pelancongan mencatat pertumbuhan stabil pada 2025 dengan hasil pelancongan mencecah S$23.9 bilion bagi tiga suku pertama tahun itu, meningkat 6.5 peratus berbanding 2024.
"Prestasi perolehan pelancongan dari Januari hingga September 2025 menunjukkan bahawa pencapaian bagi keseluruhan tahun lepas berada di landasan tepat untuk melampaui unjuran awal STB, iaitu antara S$29.0 hingga S$30.5 bilion," menurut kenyataan itu.
STB memaklumkan ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura pada 2025 mencecah 16.9 juta orang, meningkat 2.3 peratus berbanding 2024.
Pelawat dari Tanah Besar China mencatat jumlah tertinggi dengan 3.1 juta orang, diikuti Indonesia (2.4 juta), Malaysia (1.3 juta), Australia (1.3 juta) dan India (1.2 juta) sebagai lima pasaran utama.
Menurut Ow, prestasi kukuh hasil pelancongan pada 2025 meletakkan Singapura di landasan yang mantap untuk mencapai aspirasi Pelancongan 2040.
"Kami berjaya menarik pelawat yang menghargai pengalaman unik yang ditawarkan Singapura.
"Bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ini serta mengukuhkan daya tarikan destinasi dan status sebagai hab global, kami akan terus membangunkan rangkaian produk, acara dan pengalaman yang berbeza," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#pelawat
#pelancong antarabangsa
#Melissa Ow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan