Singapura bersedia untuk bekerja dengan Malaysia dalam menangani keperluan pelawat rentas sempadan ketika penularan pandemik COVID-19.
Pelawat terbabit termasuk mereka yang berkunjung atas urusan perniagaan dan rasmi serta warga Singapura dan Malaysia yang sebelum ini berulang-alik di antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar Singapura berkata demikian dalam kenyataan sebagai menjawab pertanyaan media mengenai cadangan Malaysia untuk menarik balik sekatan sempadan di antara Singapura dan negara itu.
"Persetujuan dua hala sedemikian perlu merangkumi protokol kesihatan awam yang dipersetujui kedua-dua belah pihak bagi memelihara kesihatan awam dan keselamatan rakyat di kedua-dua negara.
"Kedua-dua negara akan memerlukan sedikit masa untuk mengusahakan perincian bagi menarik balik sekatan secara beransur-ansur untuk memastikan proses pemulihan yang stabil daripada pandemik COVID-19," kata jurucakap kementerian itu.
Pada Jumaat (19 Jun), Malaysia secara dasarnya bersetuju membenarkan rakyat Singapura dan Brunei memasuki sempadan negara tanpa perlu memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau menjalani saringan COVID-19 dan kuarantin di rumah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia oleh kerajaan Singapura dan Brunei.
"Ini adalah persetujuan Malaysia dalam bentuk timbal balik dengan Singapura dan Brunei turut memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia memasuki negara masing-masing tanpa sekatan," katanya semasa sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan di Putrajaya, semalam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Wisma Putra sedang berbincang dengan Kementerian Luar Singapura mengenai perkara itu dan keputusan Malaysia untuk memberikan kelonggaran tersebut adalah seiring dengan keputusan yang dicapai semasa perbincangan.
Katanya kebenaran memasuki Malaysia tanpa sekatan hanya diberikan kepada rakyat Singapura dan Brunei yan tinggal di negara masing-masing, dan menambah bahawa pada masa ini kedua-dua negara berkenaan berserta New Zealand dan Australia diklasifikasikan sebagai Zon Hijau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan PKP pada 18 Mac bagi mengekang penularan COVID-19, rakyat Malaysia dilarang memasuki Singapura, menjejaskan ribuan yang berulang-alik ke republik itu untuk bekerja. Selain itu, rakyat Singapura yang berada di Malaysia dibenarkan pulang ke negara mereka namun tidak dibenarkan memasuki semula Malaysia sepanjang PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 20 2020
Kedua-dua negara akan memerlukan sedikit masa untuk mengusahakan perincian bagi menarik balik sekatan. - Bernama
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.