awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura senaraikan etomidate sebagai dadah kelas C mulai 1 Sept

Bernama
Bernama
24/08/2025
11:15 MYT
Singapura senaraikan etomidate sebagai dadah kelas C mulai 1 Sept
Singapura akan menyenaraikan "etomidate" , iaitu sejenis bahan bius yang semakin banyak disalahgunakan dalam rokok elektronik (e-vaporiser), sebagai dadah mulai 1 Sept. - Foto hiasan
SINGAPURA: Singapura akan menyenaraikan "etomidate" , iaitu sejenis bahan bius yang semakin banyak disalahgunakan dalam rokok elektronik (e-vaporiser), sebagai dadah mulai 1 Sept, menurut laporan media tempatan.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata bahan itu, yang ketika ini diklasifikasikan di bawah Akta Racun akan disenaraikan sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA).
"Seperti diumumkan oleh beberapa menteri termasuk Perdana Menteri semasa Perhimpunan Hari Kebangsaan (NDR), kita sedang mengambil langkah untuk memperkukuh kerangka penguatkuasaan, khususnya terhadap pengguna dan penyalahguna rokok elektronik serta vape mengandungi etomidate," katanya seperti dipetik The Straits Times.
Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsi pada sidang media 28 Ogos ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan Singapura akan menangani isu vape sebagai masalah dadah, dengan tindakan lebih tegas serta hukuman lebih berat bagi membendung mudarat terhadap pengguna.
Kementerian Kesihatan juga sebelum ini memaklumkan bahawa di bawah klasifikasi baharu itu, pesalah yang didapati menggunakan rokok elektronik mengandungi etomidate akan dikenakan pengawasan dan pemulihan mandatori, manakala pesalah berulang boleh didakwa dan berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.
Selain itu, hukuman lebih berat turut dikenakan ke atas mereka yang menjual, mengedar atau mengimport peranti itu, termasuk penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Ketika ini, di bawah Akta Racun, individu yang memiliki, mengimport atau menjual pod mengandungi etomidate boleh berdepan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan/atau denda sehingga S$10,000.
Pada Julai lalu, Ong mendedahkan bahawa satu pertiga daripada rokok elektronik yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan baru-baru ini mengandungi etomidate.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura senaraikan etomidate
#dadah kelas C
#rokok elektronik
#Ong Ye Kung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan