awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sumbang bantuan banjir US$50,000 kepada Pakistan

Bernama
Bernama
31/08/2022
21:45 MYT
Singapura sumbang bantuan banjir US$50,000 kepada Pakistan
Menurut laporan Agensi Anadolu, sepanjang 24 jam yang lalu, 36 orang terkorban di seluruh Pakistan, menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 1,162. (Foto AP)
SINGAPURA: Kerajaan Singapura akan menyumbang US$50,000 sebagai menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk krisis kemanusiaan akibat bencana banjir di Pakistan, menurut Kementerian Luar republik itu.
Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam memaklumkan sumbangan Kerajaan Singapura akan menambah ikrar SRC sebanyak S$50,000 untuk menyokong keperluan segera termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air bersih dan sanitasi, dan barangan kebersihan kepada komuniti terjejas.
Pakistan pada 26 Ogos dilaporkan merayu bantuan antarabangsa bagi menangani bencana banjir yang menyebabkan lebih 30 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Negara itu mengalami lapan kitaran hujan lebat pada musim tengkujuh, kata Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman.
Pakistan lazimnya hanya mengalami tiga hingga empat kitaran hujan monsun.
Menurut laporan Agensi Anadolu, sepanjang 24 jam yang lalu, 36 orang terkorban di seluruh Pakistan, menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 1,162.
Daripada jumlah kematian terbaharu itu 19 dilaporkan dari kawasan selatan wilayah timur laut Punjab.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), sembilan korban dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhw dan selebihnya di Sindh dan di Balochistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Pakistan
#banjir
#sumbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan