SINGAPURA menerima ancaman yang menyebut serangan 9/11 daripada penyokong seorang pendakwah yang dihalang memasuki negara itu.
Maklumat itu dikongsi Menteri Undang-Undang dan Dalam Negeri, K Shanmugam pada Isnin yang memaklumkan ancaman itu datang daripada penyokong pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, lapor Channel News Asia.
Bercakap kepada media pada Isnin, Shanmugam berkongsi contoh ancaman dimuat naik di Instagram, antara lainnya menggelar Singapura sebagai “negara Islamofobia”.
Selain itu, ada juga desakan mahukan pemimpin negara itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.
BACA: Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Bahkan, ada pengguna Instagram mengancam untuk mengusir Duta Singapura ke Indonesia dan menghantar tentera termasuk Barisan Pembela Islam untuk menyerang negara itu "seperti 9/11 di New York 2001" jika tuntutan mereka tidak diendahkan.
Begitupun, platform media sosial itu telah membuang status berkenaan dan menyekat akaun tersebut kerana melanggar peraturan ditetapkan.
Ketika ditanya adakah rakyat Singapura perlu bimbang dengan ancaman itu, Shanmugam berkata:
“Saya tidak akan meremehkan ancaman-ancaman itu,” katanya.
Dalam pada itu, Shanmugam juga mendedahkan, beberapa orang telah disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah pengikut Abdul Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.
BACA: Didakwa sebagai 'pelampau', penceramah Indonesia Abdul Somad dilarang masuk Singapura
Remaja itu telah menonton ceramah Abdul Somad mengenai pengeboman berani mati di YouTube dan mula percaya bahawa jika dia berjuang untuk negara Islam dan menjadi pengebom berani mati, dia akan mati sebagai syahid.
"Jadi anda boleh lihat, dakwah Abdul Somad mempunyai kesannya di dunia sebenar," katanya.
Pada 17 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura mengesahkan pendakwah Indonesia, Abdul Somad bersama enam rakannya telah tiba di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam pada 16 Mei.
Sebaik tiba, Abdul Somad telah disoal dan selepas itu rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang semula ke Batam pada hari yang sama.
Antara lain, kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai "pelampau dan penyokong dasar segregasi", yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.
Agensi
Mon May 23 2022

Shanmugam juga mendedahkan beberapa orang telah disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah pengikut Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Kesihatan | Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut
Kerajaan mensasarkan masalah bantut rakyat Malaysia dapat dikurangkan kepada 8 peratus menjelang tahun 2030. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, negara kini sedang berdepan beban berganda malpemakanan terutama dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

Masalah bantut | Isu akses harga protein dan susu juga dibincangkan - Khairy
Jelas Khairy Jamaluddin, jawatankuasa khas yang diwujudkan itu juga akan membincangkan serta memberi syor. Terutama mengenai akses harga sumber protein kepada kanak-kanak.

KKM | Sentiasa beri garis panduan taska dan tadika - Khairy
Khairy Jamaluddin menjelaskan Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan garis panduan makanan bagi setiap tadika berdaftar di negara ini. Ujarnya, menjadi kebimbangan sekiranya ada tadika yang tidak berdaftar dan tidak mengikut pemakanan yang sesuai.

Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Kejayaan meraih kutipan jualan tiket RM11 juta memberikan tanda aras baharu pada filem tempatan.

JDT-Mauricio berpisah selepas empat tahun
Kekosongan posisi yang ditinggalkan Mauricio dos Santos Nascimento menghangatkan lagi spekulasi muka baru yang bakal memperkuatkan JDT.

Gempur sarang dadah di PPR, polis berkas 229 penagih, pengedar
Operasi itu dijalankan oleh PDRM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan dari 21 Jun hingga 23 Jun.

WUF11 | Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar
Krisis kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi hari ini mungkin dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya isu perbandaran diselesaikan secara menyeluruh dan berintegrasi. #WUF11 #AWANIxWUF

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Singapura terima ancaman serangan seperti 9/11 selepas larang Abdul Somad masuk
Selain itu, ada juga desakan mahukan pemimpin negara itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.