Skip to main content

Dunia

Siren diaktifkan di beberapa wilayah di Jordan

41749986401_petaJordan.jpg
Tentera Israel mendakwa mengesan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah bandar pesisir Aqaba di bahagian paling selatan Jordan. - Gambar fail
Advertisement

AMMAN: Siren diaktifkan di beberapa wilayah di Jordan, menurut penyiar milik kerajaan, Jordan Radio and Television Corporation menerusi hantaran di platform X pada Ahad, lapor Xinhua.

Sementara itu, beberapa laporan media yang memetik tentera Israel melaporkan bahawa peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah bandar pesisir Aqaba di bahagian paling selatan Jordan telah dikesan.

Menurut laporan itu, tentera Israel menyatakan bahawa peluru berpandu berkenaan berjaya dipintas oleh tentera Israel dan Jordan.

Terdahulu pada hari sama, Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Amman mengeluarkan amaran keselamatan yang memaklumkan bahawa lapangan terbang dan pelabuhan di Aqaba telah dikosongkan susulan "ancaman khusus dan boleh dipercayai", sambil menggesa rakyat AS supaya mengelakkan perjalanan ke kedua-dua lokasi berkenaan sehingga diberitahu kelak.

Kedutaan itu turut mengulangi amarannya supaya rakyat AS mengelakkan pangkalan tentera di Jordan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Jordan kemudian menafikan dakwaan Kedutaan AS itu dengan memaklumkan bahawa kedua-dua kemudahan berkenaan beroperasi seperti biasa.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement