awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slovenia negara Eropah pertama hentikan perdagangan senjata dengan Israel

Bernama
Bernama
01/08/2025
12:30 MYT
Slovenia negara Eropah pertama hentikan perdagangan senjata dengan Israel
Keputusan itu yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Robert Golob, diluluskan dalam mesyuarat kabinet kerajaan pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
BRUSSELS: Slovenia menjadi negara pertama di Eropah yang mengharamkan import, eksport dan transit senjata serta peralatan ketenteraan ke dan dari Israel.
Keputusan itu yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Robert Golob, diluluskan dalam mesyuarat kabinet kerajaan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri Slovenia.
Di bawah dasar baharu itu, semua senjata dan peralatan ketenteraan yang dihantar dari Slovenia ke Israel, diimport dari Israel, atau melalui wilayah Slovenia akan diharamkan sepenuhnya.
Langkah itu dibuat susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza.
Kerajaan Slovenia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan menyekat akses kemanusiaan ke Gaza, yang disifatkan sebagai "penafian sepenuhnya terhadap bantuan kemanusiaan dan halangan sengaja terhadap syarat asas untuk kelangsungan hidup."
"Hasil daripada tindakan ini amat memalukan; rakyat di Gaza sedang mati kerana bantuan kemanusiaan dinafikan secara sistematik kepada mereka.
"Mereka mati di bawah runtuhan, tanpa akses kepada air minuman, makanan dan rawatan asas kesihatan.
"Dalam keadaan sebegini, setiap negara yang bertanggungjawab mesti bertindak, walaupun ia bermakna mengambil langkah mendahului negara lain," menurut kenyataan itu.
Kerajaan Slovenia juga memaklumkan bahawa langkah tambahan di peringkat nasional akan dirangka dalam minggu-minggu akan datang terhadap kerajaan Israel sedia ada.
Sejak 7 Okt 2023, tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza hingga mengorbankan lebih 60,200 rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#slovenia
#negara pertama di Eropah
#henti perdagangan senjata dengan Israel
#Robert Golob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami