awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMRT didenda S$2.4 juta atas gangguan perkhidmatan MRT selama 6 hari

Bernama
Bernama
25/07/2025
12:56 MYT
SMRT didenda S$2.4 juta atas gangguan perkhidmatan MRT selama 6 hari
Gangguan perkhidmatan MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) berlarutan selama enam hari pada September tahun lalu. - Astro AWANI
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengenakan denda S$2.4 juta (S$1=RM3.30) ke atas pengendali pengangkutan awam SMRT susulan gangguan perkhidmatan MRT selama enam hari di Laluan Timur-Barat (EWL) pada September tahun lalu - jumlah yang lebih rendah berbanding amaun asal yang dicadangkan.
LTA berkata pada 30 Mei, pihaknya telah memaklumkan hasrat untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak S$3 juta ke atas SMRT bagi insiden tersebut dan memberikan tempoh dua minggu kepada syarikat itu untuk mengemukakan representasi mereka.
"Susulan maklum balas SMRT pada 6 Jun, LTA telah meneliti representasi yang dikemukakan dan memutuskan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak S$2.4 juta ke atas SMRT.
"Penalti kewangan ini akan disalurkan kepada Dana Pengangkutan Awam bagi membantu keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan pengangkutan awam mereka," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Selain itu, LTA turut mengarahkan SMRT untuk melabur sekurang-kurangnya S$600,000 bagi memperkukuh keupayaan operasinya serta menangani aspek penambahbaikan yang dikenal pasti susulan insiden tersebut, demi meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan kepada para penumpang.
LTA menjelaskan bahawa dalam membuat keputusan itu, pihaknya mengambil kira cabaran besar yang dihadapi oleh SMRT dalam merancang dan melaksanakan kerja baik pulih tren buatan Kawasaki Heavy Industries (KHI), khususnya dalam mendapatkan alat ganti yang diperlukan ekoran gangguan rantaian bekalan global akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SMRT
#denda
#Singapura
#Gangguan Perkhidmatan
#LTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan