SEJENIS snek yang dipopularkan menerusi aplikasi TikTok telah menyebabkan ramai kanak-kanak di Indonesia mengalami keracunan makanan dan kerosakan organ dalaman, mendorong pihak berkuasa kesihatan negara itu memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambilnya.
Digelar 'dragon's breath' kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan, makanan yang dipanggil chiki ngebul atau chikibulis oleh penduduk tempatan itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.
“Nitrogen cecair (boleh mencapai suhu) -190°C. Jadi jika terkena kulit, ia boleh menyebabkan radang atau melecur. Ia juga boleh menyebabkan masalah pernafasan dan penghadaman jika terhidu dan ditelan (dalam jumlah yang banyak)," kata Dr Anas Ma’ruf, pengarah kesihatan alam sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia
Kementeriannya telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk meningkatkan pemantauan dan menggesa ibu bapa dan guru supaya berwaspada.
Kedai makanan penjaja jalanan tidak digalakkan menjual makanan ringan itu, lapor beberapa saluran berita tempatan.
Di Jawa Barat, sekurang-kurangnya 28 orang kanak-kanak berumur empat hingga 13 tahun mengalami keracunan makanan atau kerosakan organ dalaman selepas memakan chiki ngebul sejak November 2022, lapor media Coconuts Jakarta.
Dalam responsnya, Timbalan Gabenor Jawa Barat mengumumkan larangan ke atas chiki ngebul pada Khamis lalu (12 Jan), lapor Kompas.
'Dragon's breath' mendapat perhatian selepas beberapa muat naik di TikTok, dengan beberapa video tular yang menunjukkan asap keluar dari hidung dan mulut kanak-kanak yang memakannya.
Hashtag #dragonsbreath di TikTok telah mengumpulkan sejumlah 205 juta tontonan.
Agensi
Mon Jan 23 2023
Snek itu digelar "dragon's breath" kerana kepulan asap yang dikeluarkan apabila dimakan. - TikTok/maysa_fp
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Snek tular 'dragon's breath' sebabkan keracunan, Indonesia keluarkan amaran
Snek itu terdiri daripada pelbagai jenis gula-gula atau bijirin berwarna-warni yang disalut dengan nitrogen cecair dan topping coklat.
Miniatur biskut gula aising, keropok roda gamit kenangan zaman kanak-kanak
Memori membeli snek atau 'jajan' secara timbang yang disusun di dalam tin besar di kedai runcit atau pasar malam pastinya menggamit kenangan.
Nadi Niaga: Pengusaha ambil kesempatan trend snek makanan sihat
Bermula dengan modal 200 ringgit, siapa sangka, Akmal Jamil, anak kelahiran Alor Setar mampu membawa produk berasaskan makanan sihat ke satu tahap yang mampu menembusi pasaran luar negara.