awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab

Bernama
Bernama
08/07/2023
15:15 MYT
Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab
Misi Peralihan Kesatuan Afrika (AU) di Somalia (ATMIS) berkata tenteranya membunuh dua militan al-Shabaab selain pada petang Jumaat di Beled Amin, barat daya Somalia. - Foto Twitter @ATMIS_Somalia
MOGADISHU: Misi Peralihan Kesatuan Afrika (AU) di Somalia (ATMIS) berkata tenteranya membunuh dua militan al-Shabaab selain pada petang Jumaat di Beled Amin, barat daya Somalia, lapor Xinhua.
Menurut ATMIS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, militan cuba melancar serangan di Beled Amin, sebuah kawasan pertanian, namun tindakan pantas tentera ATMIS berjaya membunuh dua anggota kumpulan itu.
Penduduk berkata militan mengenakan cukai haram dan memeras ugut petani di Beled Amin supaya membekalkan barangan makanan.
Tentera kerajaan meneruskan serangan ke atas al-Shabaab sejak Presiden Hassan Sheikh Mohamud mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap militan pada 2022.
Presiden mahu operasi ketenteraan diteruskan untuk mengusir militan al-Shabaab dari kubu mereka dan menghentikan kegiatan memeras ugut rakyat Somalia selain penyebaran propaganda dan ekstremisme di Somalia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Somalia
#ATMIS
#bunuh
#militan al-Shabaab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan