awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
Doktor didakwa bunuh isteri, anak di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sosialit British ditahan didakwa subahat atur khidmat seks buat tokoh kewangan Jeffrey Eipstein

Agensi
Agensi
03/07/2020
04:52 MYT
Sosialit British ditahan didakwa subahat atur khidmat seks buat tokoh kewangan Jeffrey Eipstein
Wanita itu juga dikatakan telah membantu untuk merekrut, mengantun dan melakukan gangguan seksual kepada mangsa seawal usia 14 tahun. - Foto REUTERS
Sosialit terkemuka British, Ghislaine Maxwell telah ditahan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis atas dakwaan bersubahat menyediakan perkhidmatan seks gadis bawah umur untuk tokoh kewangan dan pesalah juvana, Jeffrey Eipstein.
Dalam pertuduhan yang didedahkan kepada orang awam, Maxwell didakwa pernah tinggal bersama sejak bertahun lamanya serta sentiasa menjadi teman percutian Eipstein.
Wanita itu juga dikatakan telah membantu untuk merekrut, mengantun dan melakukan gangguan seksual kepada mangsa seawal usia 14 tahun.
Maxwell juga didakwa terlibat secara langsung dalam aktiviti gangguan seksual yang disenaraikan.
Eipstein, 66, bagaimanapun ditemui mati dan dipercayai membunuh diri ketika berada di dalam penjara di New York pada musim panas lepas, sewaktu menunggu proses perbicaraan atas dakwaan melakukan pemerdagangan seks.
Maxwell, sejak bertahun lamanya, telah didakwa oleh ramai wanita bahawa dia menggunakan mereka untuk menyediakan perkhidmatan mengurut kepada Eipstein, dan pada masa yang sama memaksa mereka memberi layanan seks.
Dakwaan itu, sehingga sekarang, tidak pernah digunakan untuk mewujudkan pertuduhan jenayah.
Pertuduhan itu, antara lain, mengandungi dakwaan melakukan konspirasi memujuk gadis bawah umur ke luar negara untuk aktiviti seksual haram, konspirasi menyeludup gadis bawah umur untuk terlibat dalam aktiviti jenayah seksual, dan dua dakwaan melanggar sumpah ketika memberi keterangan di mahkamah.
“Maxwell telah berbohong kerana dakwaan yang disertakan, hampir tidak boleh diungkap dengan perkataan,” kata pemangku Peguam Amerika Syarikat di Manhattan, Audrey Strauss dalam satu sidang media pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#FBI
#Ghislaine Maxwell
#haram
#Jeffrey Eipstein
#jenayah
#mahkamah
#mangsa
#mati
#Media
#New York
#penjara
#seks
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan