JAKARTA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkan Strategi Antirasuah Nasional 2024-2029 (NACS 2024-2029) pertengahan tahun hadapan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP 2019-2023) yang akan tamat hujung tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata NACS akan lebih memfokuskan kepada keberkesanan pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
Beliau berkata kira-kira 62 peratus daripada 115 inisiatif NACP 2019-2023 telah dilaksanakan ketika ini dan mengakui NACP 2019-2023 tidak sempat dilaksanakan secara keseluruhan.
Bagaimanapun, beliau berkata inisiatif NACP 2019-2023 yang belum tercapai akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan menerusi NACS 2024-2029.
"Berdasakan pengalaman lepas, kita akan kurangkan. Apa yang penting keberkesanannya sama ada boleh tingkatkan dan memantapkan pentadbiran dan integriti dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan," katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antirasuah Sedunia 2023 (WACC 2023) anjuran Institut Strategi Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.
Persidangan selama sehari ini menampilkan beberapa panel berkaitan antirasuah dari Malaysia, Indonesia, Australia, Jepun, Brunei, Singapura, Korea Selatan, Filipina dan Myanmar yang membincangkan pelbagai topik dan strategi membanteras rasuah di negara masing-masing.
Mengenai WACC 2023, Azam berkata persidangan seperti ini penting kerana setiap panel akan berkongsi pengalaman dan praktis terbaik menangani rasuah di negara masing-masing.
Beliau berkata hasil daripada perkongsian persidangan ini akan dipertimbangkan untuk memantapkan inisiatif dalam merangka NACS 2024-2029.
Sementara itu, mengulas mengenai setahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azam berkata Perdana Menteri tidak ragu-ragu dan beriltizam tinggi membanteras rasuah dan mengamalkan tatakelola pentadbiran yang baik dan tersusun.
"Kemahuan politik penting dan saya tidak ragu-ragu katakan kerajaan terutama Perdana Menteri mempunyai kemahuan politik tinggi dan dorongan untuk mencegah rasuah tahap maksimum.
Perdana Menteri memberi kepercayaan dan memberi komitmen kepada SPRM dan meletakkan jangkaan tinggi pada SPRM untuk siasat dan mencegah rasuah di Malaysia," katanya.
Terdahulu WACC 2023 turut dihadiri bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang juga Pengerusi WACC 2023, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Pengerusi ISI Cheah Chyuan Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Azam berkata kira-kira 62 peratus daripada 115 inisiatif NACP 2019-2023 telah dilaksanakan ketika ini dan mengakui NACP 2019-2023 tidak sempat dilaksanakan secara keseluruhan. - Gambar fail/Bernama
Ragbi: Malaysia muncul juara Kejohanan SEA 7s 2024
Pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2024.
MAPIM seru pertubuhan antarabangsa perkukuh perlindungan untuk wartawan
MAPIM menyeru pertubuhan antarabangsa dan kerajaan memperkuat perlindungan untuk wartawan memandangkan mereka turut menjalankan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat demokrasi.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Azizulhasni raih motivasi hadapi minggu mencabar di Jepun
Azizulhasni menang dua pingat emas masing-masing dalam acara pecut dan keirin pada perlumbaan Siri Trek ASEAN di Velodrom Nasional.
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengamal media rayu campur tangan antarabangsa lindungi wartawan di zon konflik
Lebih 200 wartawan maut di Gaza, Palestin sejak Oktober 2023 tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap pelakunya.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM akan lancar NACS 2024-2029 pertengahan tahun depan
SPRM akan melancarkan NACS 2024-2029 pertengahan tahun hadapan bagi menggantikan NACP 2019-2023 yang akan tamat hujung tahun ini.
SPRM tubuh majlis eksekutif sekretariat pencegahan rasuah di IPT
Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.