awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis titah kerajaan negeri kukuh hubungan dengan Persekutuan, terima hakikat perlu bantuan
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Standard kualiti kredit karbon disepakati di COP29

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2024
23:45 MYT
Standard kualiti kredit karbon disepakati di COP29
Presiden COP29 Mukthar Babayev memuktamadkan Artikel 6.4 Perjanjian Paris pada hari pembukaan COP29 di Baku, Azerbaijan, 11 Nov 2024. - Foto UNclimatechange
BAKU: Negara-negara yang menyertai Sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP29) memberikan ‘lampu hijau’ kepada standard kualiti kredit karbon.
Standard ini akan dirujuk sebagai penanda aras untuk pasaran karbon global yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membiayai projek-projek yang dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Kesepakatan ini dicapai pada Isnin, hari pertama COP29 yang dijadual berlangsung selama dua minggu di ibu negara Azerbaijan ini.
Seorang perunding dipetik Reuters berkata, perjanjian di bawah Artikel 6.4 Perjanjian Paris ini membolehkan pasaran karbon global yang disokong oleh PBB beroperasi seawal tahun hadapan.
Secara teorinya, kredit karbon membenarkan negara atau syarikat membayar untuk projek-projek di seluruh dunia yang mampu mengurangkan atau menyerap karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera.
Kredit yang dihasilkan daripada projek-projek ini kemudiannya boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka sendiri.
Antara contoh projek termasuklah penanaman bakau yang menyerap CO2 atau pengedaran dapur yang lebih moden bagi menggantikan kaedah memasak yang mencemarkan di komuniti luar bandar yang miskin.
Pasaran karbon ini juga menyediakan peluang bagi syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk terus menyertai usaha global menangani perubahan iklim.
Namun sekiranya AS menarik diri daripada Perjanjian Paris, syarikat-syarikat negara itu masih boleh membeli kredit dari pasaran karbon PBB bagi memenuhi sasaran iklim mereka secara sukarela.
Walaupun standard yang diluluskan di Baku ini bertujuan mengatasi kebimbangan mengenai keberkesanan projek-projek dalam memberi manfaat kepada iklim, para aktivis berpendapat terdapat kekurangan dari aspek perlindungan hak asasi komuniti yang terkesan akibat pelaksanaan projek-projek tersebut.
Topic Berkaitan
#Pelepasan gas rumah hijau
#COP29
#perubahan iklim
#kredit karbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan