awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2023
16:51 MYT
Starlink milik Elon Musk mahu sokong akses internet di Gaza
Elon Musk memaklumkan perkhidmatan satelit, Starlink miliknya akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya. - Gambar fail/REUTERS
SAN FRANCISCO: Bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk pada Sabtu memaklumkan perkhidmatan satelit, Starlink miliknya akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas rangkaian telekomunikasi di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.
Musk mengumumkan 'bantuan' tersebut sebagai respons kepada kenyataan ahli Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez yang menyifatkan serangan ganas Israel yang menyebabkan seluruh komunikasi 'blackout' sebagai tindakan tidak boleh diterima.
"Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza," ujar Musk menerusi platform X miliknya.
Difahamkan, Starlink merupakan rangkaian satelit yang ditempatkan di orbit rendah bumi dan berupaya menyediakan akses internet kepada lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai infrastruktur komunikasi normal, namun tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Perkhidmatan internet satelit itu pernah digunakan di Ukraine tidak lama selepas kempen pencerobohan dilancarkan Rusia pada Februari 2022.
Rangkaian itu membantu tentera dengan kebolehan teknologi canggih untuk beroperasi di kawasan yang berdepan isu komunikasi terputus, sekali gus menjadi alat 'medan pertempuran utama' untuk Kiev.
Pada September lalu, pemilik Tesla itu memberitahu beliau pernah menghalang rancangan Ukraine untuk menghapuskan Armada Tentera Laut Rusia di Laut Hitam pada tahun lalu dengan menyekat akses Kiev kepada Starlink.
"Pada masa itu, mereka mengemukakan 'permintaan kecemasan' untuk mengaktifkan Starlink dengan niat untuk menenggelamkan armada musuh," ujarnya.
Pendedahan itu bagaimanapun dikecam pembantu Presiden Ukraine memandangkan Musk pada mulanya berpihak kepada Kiev.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan angka korban di wilayah itu telah meningkat kepada 7,703 orang termasuk lebih 3,500 kanak-kanak setelah rejim Zionis memperhebatkan kempen pengeboman sejak beberapa hari lalu.
- Agensi/Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Starlink
#akses internet
#Gaza
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan