DUNIA
Starmer kecam rancangan Israel kuasai Bandar Gaza, gesa pertimbangan semula demi keamanan

STARMER: Langkah ini tidak akan membantu menamatkan konflik atau membebaskan tebusan. Ia hanya akan membawa lebih banyak penderitaan. -Gambar fail/Reuters
LONDON: United Kingdom (UK) menyifatkan rancangan Israel untuk mengambil alih Gaza City sebagai “salah”.
Ringkasan AI
- United Kingdom menyifatkan rancangan Israel mengambil alih Gaza City sebagai tindakan yang salah dan menyeru agar ia dipertimbangkan semula kerana dikhuatiri mencetuskan lebih banyak penderitaan dan pertumpahan darah.
- Perdana Menteri Keir Starmer menggesa gencatan senjata segera, peningkatan bantuan kemanusiaan, pembebasan tebusan, dan penyelesaian dua negara, sambil menegaskan Hamas tidak boleh menjadi sebahagian daripada masa depan Gaza.
- UK memberi amaran bahawa tindakan Israel boleh menjejaskan usaha damai jangka panjang dan menyatakan hasrat untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi jika tiada komitmen terhadap penyelesaian dua negara.
Kenyataan itu dibuat susulan keputusan kabinet keselamatan Israel yang meluluskan cadangan Netanyahu untuk menguasai bandar terbesar di Gaza, sebagai sebahagian daripada pelan lima langkah bagi mengakhiri perang dan menewaskan Hamas.
Beliau turut menegaskan bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing, dengan tebusan yang ditahan Hamas berada dalam keadaan 'tidak berperikemanusiaan'.
Starmer mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera, peningkatan bantuan kemanusiaan, pembebasan semua tebusan, dan penyelesaian rundingan yang berasaskan formula dua negara.
“Hamas tidak boleh menjadi sebahagian daripada masa depan Gaza dan mesti berundur serta melucutkan senjata,” katanya.
Beliau turut memberi amaran bahawa rancangan Israel itu boleh menjejaskan usaha damai jangka panjang yang sedang digerakkan oleh UK dan sekutunya.
London sebelum ini menyatakan hasrat mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada September sekiranya Israel gagal menunjukkan komitmen terhadap gencatan senjata dan penyelesaian dua negara.
Sementara itu, jurucakap Netanyahu memaklumkan bahawa operasi ketenteraan akan dilaksanakan dengan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di luar zon pertempuran, dan menegaskan matlamat utama adalah melumpuhkan Hamas serta memulihkan keselamatan Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pengambilalihan penuh Gaza City berisiko mencetuskan bencana terhadap lebih dua juta penduduk Palestin dan tebusan Israel yang masih ditahan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami