NEW YORK: Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam sepucuk surat yang dilihat oleh DPA dan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, kerajaan tentera Sudan mendesak Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB di Sudan (UNITAMS), dihentikan serta-merta.
Misi itu mempunyai lebih 400 anggota, kebanyakannya adalah kakitangan awam
Kerajaan Sudan walaupun menggesa misi pengaman itu berundur, katanya ia tetap komited terhadap penglibatan yang konstruktif dengan PBB.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung untuk Afrika Martha Ama Akyaa Pobee memaklumkan satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Khamis bahawa tiada tanda-tanda konflik di Sudan akan reda.
Sudan sedang berdepan senario bencana kemanusiaan yang semakin teruk dan krisis hak asasi manusia yang dahsyat dengan lebih 2,000 orang awam terbunuh sejak konflik tercetus pada April, katanya.
UNITAMS beroperasi di Sudan sejak 2020.
Pada September Ketua UNITAMS Volker Perthes mengumumkan peletakan jawatannya selepas diisytiharkan "persona non grata" oleh Sudan.
--BERNAMA-dpa
Bernama
Fri Nov 17 2023
Kerajaan tentera Sudan mendesak Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB di Sudan (UNITAMS), dihentikan serta-merta. - Gambar/ AP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB
Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan.