JAKARTA: Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia akan mengeksport 10,000 tan minyak kelapa mentah bernilai US$17.27 juta (US$1=RM4.18) ke Malaysia pada awal tahun ini, kata pegawai perdagangan.
Peladang dan pedagang perlu memanfaatkan permintaan negara itu untuk meningkatkan eksport, menurut agensi berita Antara yang memetik kenyataan Ketua Pejabat Perindustrian dan Perdagangan Wilayah Sulawesi Utara, Darwin Muksin.
Beliau menggesa peladang supaya mengekalkan kualiti produk untuk memenuhi keperluan pasaran.
Permintaan yang kukuh adalah berita baik buat kalangan peladang dan pedagang memandangkan ia menjadikan kelapa lebih menguntungkan untuk ditanam, katanya.
Darwin berkata kerajaan akan terus menyokong industri itu menerusi strategi eksport dan menggalakkan peserta industri untuk berkembang.
Produk berasaskan kelapa merupakan bahagian terbesar daripada eksport keseluruhan Sulawesi Utara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Produk berasaskan kelapa merupakan bahagian terbesar daripada eksport keseluruhan Sulawesi Utara. - Gambar hiasan / BERNAMA

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ATM cash-out di aplikasi MAE.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Lelaki sesat hampir 24 jam di Gunung Banang ditemui selamat
Mangsa yang berusia 45 tahun ditemui selepas dia berjaya keluar sendiri dari kawasan pendakian.

AWANI Ringkas: Kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Jiwa SME | Terjun bidang perniagaan, tingkat kesihatan mata
Persaingan hebat pasaran pekerjaan menyebabkan sebahagian anak muda lebih cenderung untuk menceburi bidang perniagaan termasuk menjadi usahawan mikro dalam dunia tanpa sempadan. Ketika pandemik Covid-19 terus mengucar-ngacirkan ekonomi....peluang dan ruang untuk memasuki dalam sektor yang diimpikan mereka semakin tipis. Enggan membuang masa dan menoleh kebelakang, Syazwan Hafiz Mohd nekad terjun ke dalam bidang perniagaan meskipun tiada asas yang kukuh dalam bidang yang baharu diceburi itu kira-kira lima bulan lalu.

Sulawesi Utara akan eksport 10,000 tan minyak kelapa mentah ke Malaysia
Peladang dan pedagang perlu memanfaatkan permintaan negara itu untuk meningkatkan eksport.