awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
18/11/2023
00:15 MYT
‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Dalam perkembangan terbaru, TikTok menarik semula video tular yang mengandungi kandungan 'Surat kepada Amerika’ yang pernah ditulis Osama bin Laden itu.
'SURAT kepada Amerika’ yang pernah ditulis oleh bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden tular di Tiktok.
Surat itu ditulis setahun selepas serangan 11 September 2001 di mana lebih 3,000 orang terbunuh.
Intipati surat itu ditularkan dalam satu video di aplikasi TikTok dengan lebih daripada 900,000 tontonan setakat ini.
Surat tersebut turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat global di media sosial yang menyifatkan peranan Amerika sebagai ‘hero’ dalam konflik Asia Barat adalah satu pembohongan.
Surat yang berusia 21 tahun itu turut mempersoalkan tindakan Amerika menetang al-Qaeda.
“Mengapa kami melawan dan menentang kamu?" dan "Apa yang kami seru kamu untuk lakukan, dan apa yang kami mahu daripada kamu?” tulisnya.
Surat Osama itu juga mengkritik sokongan AS terhadap Israel dan menuduh AS membantu penindasan rakyat Palestin sambil mengkritik campur tangan AS di Afghanistan, Iraq, Somalia dan Lubnan.
Selain itu, surat itu juga mendakwa AS sebagai entiti hipokrit kerana membenarkan Israel menduduki wilayah Palestin selama beberapa dekad tanpa menghiraukan undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ia juga mendakwa AS melanggar undang-undangnya sendiri dengan memenjarakan individu di Teluk Guantanamo tanpa pertuduhan atau perbicaraan.
Dalam perkembangan terbaru, TikTok telah menarik semula video tular yang mengandungi kandungan surat itu.
Jurucakap TikTok, Ben Rathe menerusi ciapan di platform X berkata, video yang memaparkan surat Osama itu melanggar garis panduan pihaknya.
"Kandungan yang mempromosikan surat ini jelas melanggar peraturan kami untuk menyokong sebarang bentuk keganasan.
“Kami secara proaktif dan agresif memadam kandungan ini dan menyiasat bagaiman ia masuk ke platform kami,” tambahnya.
Syarikat itu juga mengatakan bahawa kandungan itu tidak menampakkan trend yang meluas dan menafikan penularan kandungan tersebut menerusi #lettertoamerica yang mempunyai lebih 14 juta tontonan pada Khamis.
Topic Berkaitan
#TikTok
#Al-Qaeda
#Osama bin Laden
#surat tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan