awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek mengaku tembak Shinzo Abe, percaya khabar angin

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2022
08:07 MYT
Suspek mengaku tembak Shinzo Abe, percaya khabar angin
Tetsuya Yamagami ditahan polis di lokasi kejadian pada Jumaat setelah melepaskan dua das tembakan ke arah belakang Abe yang sedang berucap pada kempen pilihan raya di Nara. - AP
NARA: Polis Jepun mengesahkan suspek yang menembak mati bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat telah mengaku melakukan serangan itu.
Ketua Bahagian Siasatannya, Kazuhisa Yamamura berkata, suspek, Tetsuya Yamagami, 41, juga mengaku merancang pembunuhan itu kerana dia percaya dengan khabar angin bahawa Abe ada hubungan dengan sebuah organisasi yang belum dikenal pasti polis.
BACA : Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak
Yamagami ditahan polis di lokasi kejadian pada Jumaat setelah melepaskan dua das tembakan ke arah belakang Abe yang sedang berucap pada kempen pilihan raya di Nara.
Polis juga mengesahkan Yamagami menggunakan senjata buatan sendiri yang dilaporkan berukuran 40 sentimeter panjang.
Polis turut merampas satu lagi senjata yang sama dan sebuah komputer riba semasa serbuan di apartmen suspek.
Sehingga kini, kira-kira jawatankuasa bertindak yang dianggotai 90 ahli telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tembakan itu.
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#ditembak mati
#suspek
#Tetsuya Yamagami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan