awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/07/2022
03:06 MYT
Bekas PM Jepun Shinzo Abe ditembak
Shinzo Abe dilaporkan rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan dalam kejadian di Nara, Jepun, pada Jumaat. REUTERS
BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun, pada Jumaat.
Menurut laporan beberapa agensi berita antarabangsa, Abe, 67 tahun, rebah dalam keadaan berdarah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.
Media melaporkan, kedengaran bunyi seperti tembakan ketika kejadian dan seorang suspek lelaki telah ditahan di lokasi sama.
BREAKING: Former Prime Minister Shinzo Abe has been shot in the city of Nara, NHK reports. pic.twitter.com/R6vshJ4Elh
— The Japan Times (@japantimes) July 8, 2022
BREAKING: Former Japanese Prime Minister Shinzo Abe has collapsed in Nara, western Japan, and shots were heard in the vicinity, broadcaster NHK reports https://t.co/EVvPW7gr87 pic.twitter.com/CYO1mtFSjI
— Bloomberg (@business) July 8, 2022
Seorang wartawan stesen penyiaran NHK yang berada di lokasi berkata, mereka mendengar bunyi dua das tembakan berturut-turut ketika Abe sedang berucap.
Menurut Kyodo News, Abe berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami serangan jantung.
Mengesahkan insiden tersebut, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirozaku Matsuno dilaporkan berkata, kejadian berlaku sekitar 11.30 pagi waktu tempatan.
Katanya, Abe berada di Nara sebagai sebahagian program kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Ahad (10 Julai).
NHK reporting Japans ex-PM Shinzo Abe collapses in Nara bleeding. Shots have been heard. A man has been detained in the incident
— David Ingles (@DavidInglesTV) July 8, 2022
Former Japanese Prime Minister Shinzo Abe rushed to hospital after possible shooting, NHK reports. https://t.co/ZBUfq4VfbC
— CNN Breaking News (@cnnbrk) July 8, 2022
Japan ex-prime minister taken to hospital after apparent shooting -NHK https://t.co/2ChsLKcuwe pic.twitter.com/EbxzrNEAFw
— Reuters (@Reuters) July 8, 2022
Menurutnya, keadaan Abe masih belum dapat dipastikan ketika ini dan Kerajaan Jepun sedang menyelaras tindak balas, susulan insiden tersebut.
"Kesemua anggota Kabinet yang sedang berkempen, atau membantu kempen tersebut, diarahkan pulang ke Tokyo dengan segera.
"Keganasan seperti ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan," tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#Perdana Menteri Jepun
#ditembak
#nara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan