Polis Narathiwat mengenal pasti dua suspek yang menembak seorang rakyat Malaysia dan isterinya Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat, Kolonel Polis Manit Yimsai berkata pihaknya masih mengumpul bukti sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua suspek secepat mungkin.
Beliau juga berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.
Mohamad Shahridwan, 24, dari Kelantan dilapor masih lagi koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan di Hospital Narathiwat Rachanakarin.
“Semalam keadaan dia tak stabil. Semua ahli keluarga dia dipanggil masuk bilik wad dan kami membaca ayat Yasin untuknya.
"Dia kemudiannya kelihatan lebih baik walaupun masih tak sedar diri. Saya berharap dia dipanjangkan umur kerana dia adalah satu-satunya anak yang prihatin kepada keluarga dan menjadi harapan kami,” kata bapanya Ismail Hamat, 66.
Shahridwan merupakan anak kelapan daripada 10 adik beradik.
Dia bekerja menggali telaga di Kota Baharu dan berkahwin dengan warga Thailand hampir setahun lalu dan turut membantu isterinya berniaga pakaian.
Sementara itu isterinya Pochanee Pachara, 38, berkata beliau dan suaminya tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa.
“Sekarang apa yang saya bimbang ialah mengenai perbelanjaan hospital. Oleh kerana dia warga asing maka bayaran rawatan agak mahal," katanya.
Beliau turut memohon kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan usaha mencari mereka yang menembak suaminya.
Pochanee juga berkata pas sempadan suaminya hampir tamat tempoh dan memohon agar Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla supaya menguruskan hal itu.
Bernama
Thu Dec 17 2015
Mangsa, Mohamad Shahridwan, 24, dari Kelantan dilapor masih lagi koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan di Hospital Narathiwat Rachanakarin. - Gambar hiasan
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Lelaki mengamuk tak dapat keluar duit di ATM
Polis melepaskan empat das tembakan terhadap seorang lelaki yang berang dan bertindak agresif ekoran tidak berjaya mengeluarkan wangnya dari mesin Atm.