Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi berlepas ke Hawaii, Amerika Syarikat untuk menerima Anugerah Keamanan.

Ahli parlimen dan pemenang Anugerah Keamanan itu akan menyampaikan ucapan pada mesyuarat forum keamanan dunia di Hawaii.

Anugerah diberikan berikutan komitmen beliau dalam menangani keganasan dan memperjuangkan hak asasi manusia.

Lawatan berkenaan adalah yang pertama untuk Suu Kyi ke negeri pulau Amerika itu.

Sebelum ini, Suu Kyi mengembara ke Eropah susulan dibenarkan keluar dari Myanmar sejak tahun lepas apabila pentadbiran Napitaw melaksanakan beberapa fasa pembaharuan.

Pembaruan merangkumi proses pilihan raya selain Suu Kyi turut dibenarkan menerima kunjungan pemimpin dunia.

Antaranya Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Presiden Barack Obama.